Sep 28, 2010

Setia

Tempoh bertenang ketika jiwa kacau.

Sedang sibuk dan perasan sibuk.

Tambahan, saat ini sedang berserabut dengan pelbagai 'kejadian' yang mengejutkan.

Hal tugasan pelajaran, hal rumah sewa, hal si dia, hal kawan-kawan, hal itu..hal ini..macam-macam hal.

Ambil nafas rehatkan minda seketika, buka blog kawan-kawan dan komen daripada saudara Rohaizad di blog saudari LizaRazak sangat-sangat menarik perhatian saya.

Mengenai setia.

Setia ni ada 3 jenis:

1. Setia yang ditunjukkan melalui kata-kata.
2. Setia yang ditunjukkan melalui perbuatan.
3. Setia yang ditunjukkan dari hati yang jujur.

Setia yang paling bagus sekali ialah setia yang ketiga-tiganya wujud dalam satu masa.


Aduyai..

Saya setia, dan saya tau si dia setia.

Masalah antara kami sekarang ini adalah melibatkan salah faham(perangai masing2) dan harapnya memang bukan disebabkan ada antara kami yang berubah hati.

Saya memang keliru mahu teruskan dengan situasi sekarang ini.

Berterus terang dan berbincang itu yang terbaik pada fikiran saya.

Ah! macam-macam hal.

*dikira-kira, belum sampai 2 minggu saya ke rumah berjumpa keluarga si dia. Teringat waktu itu, buat saya tersenyum.

2 comments:

Kujie said...

masa nak buat keputusan penting dalam hidup memang selalu macam ni..was² dah godaan bisikan datang bertandang.... fokus pada hala tuju dan Insyaallah..semuanya akan baik2 saja

student said...

teringat nasihat seorang sahabat tempoh hari;

"bagi pasangan bertunang, syaitan sentiasa membisikkan ke hatinya adakah tunang ini pilihan yang tepat buat aku. Dan pasangan berlawanan selain tunangnya diperhiasi supaya kelihatan lebih baik dengan tujuan mendatangkan was-was kepada pilihan itu"

oh..itu cerita orang bertunang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...