Sep 20, 2010

Mencari keberkatan

Agaknya pernah tak kita mengalami situasi ini?

Duit elaun baru sahaja masuk.
Tetiba sahaja macam-macam perkara tak diingini berlaku.
Handset rosak, Laptop rosak.
Semua minta diganti dan diperbaiki.

Selalu berlaku tak?

Rasa pelikkan. Ye lah, macam tau-tau je kita sedang berduit.

.

Dan, cuba kita muhasabah diri sendiri.

Adakah kita menghadirkan diri ke kuliah dengan 'bersungguh-sungguh'?

Tugasan yang diberikan dibuat dengan bersih tanpa plagiat?


Bagaimana?

.

Bolehkah kiranya jika dikatakan musibah yang terjadi adalah asbab daripada kelalaian kita sendiri dalam menguruskan diri?

Mencari keberkatan bukan sahaja dalam dunia pekerjaan, malah ia bermula dari alam persekolahan lagi.

Marilah banyak-banyak bersedekah dan memberi, mudah-mudahan hidup kita menjadi mudah, diberi keberkatan hidup dan dijauhkan daripada 'musibah' yang tak diingini.

*Saya pelajar Institut Pendidikan Guru. DIBAYAR untuk BELAJAR.

3 comments:

fiezaradzi said...

kadang2 saja diuji adakah kita bersyukur atau tak.. apa pun, marilah muhasabah diri masing2.. kena gak pandai control, lau tak mmg kejap je duit tu..

anyss said...

Salam,
Memang SELALU berada dalam situasi tersebut.

Berangan nak beli kasut baru bila dapat elaun kerja luar, tetiba sebelum cek tu ditunaikan, adik call..."sewa rumah belum bayar...yuran nak kena bayar...elaun dah habis, tak de duit nak belanja...nak beli tiket balik raya..." macam-macam sebab. Jadinya, kasut baru untuk lain elaun hu hu h u

diba said...

skong sngat..kne igt dibayar untk belajar..baru berkat;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...