Sep 29, 2010

Marhaban Aidilfitri

Hari ini sudah 21 Syawal.
Rasa macam baru semalam menyambut kedatangan 1 Syawal.

Kemeriahan menziarahi masih terasa
Tambahan pula bagi yang tinggal di taman perumahan seperti keluarga saya kerana di pertengahan dan penghujung Syawal inilah baru bermulanya marhaban @ baraan.

Apa itu marhaban?

Marhaban @ baraan merupakan suatu tradisi bagi masyarakat di Johor
Setiap anggota masyarakat menziarahi sesama merekadan menzamkan marhaban di setiap rumah yang dikunjungi, dan dengan cara ini hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan.

Jika dibuka kamus, perkataan marhaban ini diambil daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud 'selamat datang'.

Rombongan marhaban akan datang ke rumah tertentu untuk mengalunkan selawat. Kebiasaannya rombongan ini akan diketuai oleh seorang ketua. Selesai menazamkan selawat, ketua tersebut akan membacakan doa dan memohon keberkatan keatas seisi rumah tersebut.

Seterusnya, sedikit jamuan akan disediakan oleh tuan rumah dan ketika rombongan sedang makan, tuan rumah akan memberi ucapan pendek memohon kemaafan kepada semua rombongan marhaban.

Proses ini berulang dilakukan sehingga habis rumah yang ingin diziarahi pada hari tersebut.












*gambar marhaban di kampung saya di Felda Semenchu Kota Tinggi.

Sememangnya, marhaban ini banyak ragamnya. Walaupun saya tidak pergi ke semua rumah, namun gembiranya tetap terasa. Paling seronok dapat bersama-sama dengan orang kampung(felda). Ada yang saya kenal, ada yang saya tidak pernah nampak pun. Kadang-kadang, mereka juga bertanyakan saya ni cucu siapa. Itu juga sebahagian daripada kerja mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk. Meskipun saya orang bandar(err..bandar ke?hu..), kampung saya tidak akan saya lupakan.

Apa pun, marhaban sebahagian daripada budaya orang Johor yang tidak patut dilupakan, malah wajar diteruskan sampai bila-bila. Menjamu selera, memintam ampun dan maaf, bersalam-salaman dan kunjung-mengunjung adalah perkara yang amat indah untuk dilupakan.

Sollallahu 'ala Muhammad
Sollallahu 'alaihi wa sallam...
(2x)

Ya nabi salamun alaika
Ya rasul salamun alaika
Ya habib salamun alaika
solawatullahi alaika...


Salam Aidilfitri daripada saya buat semua.
Semoga baik-baik saja bersama yang tersayang!:)

4 comments:

Kujie said...

2 tahun lalu kawasan perumahan Kak Jie masih buat - kaum ibu . Kami hadkan satu hari 3 rumah - sepanjang syawal habis beberapa puluh buah rumah jiran tetangga.

tapi sayangkan, ketua yang aktif telah berpindah... tradisi ini makin lupus.

sayang...terasa kurang akrab

diba said...

ak bangga ade kne mngena ngn negeri johor...xdr bnde2 cmni kt negeri lain...he

student said...

kak jie:

sememangnya tradisi ni antara cara menjalin keakraban sesama masyarakat.

oh.. terasa sedih dan rugi pula syuk mendengarnya.. moga akan ada yang mulakannya kembali.

student said...

diba:

lain negeri, lain budaya.
mungkin johor dengan marhaban @ baraan, negeri lain..lain pula..cth yg aku dengar dpd sorg sahabat di Kelantan aktiviti hari rayanya adalah tadarus al-quran..

tapi hakikatnya kita tetap sama saja..

mana yg baik harus diteruskan.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...