Feb 20, 2010

Ketawa ubat duka?

Bayangkan anda sedang berada di dalam lecture theatre, menunggu lecturer yang belum sampai lagi atau pun anda sedang berkumpul bersama-sama pelajar-pelajar Malaysia yang lain. Sudah tentu riuh rendah bunyinya. Ada sahaja perkara yang hendak diperkatakan dan ada saja lawak-lawak yang dilontarkan. Gelak sakan, sampai nak pecah perut dibuatnya. Laughter is really the best medicine. Hilang seketika masalah yang memenuhi kotak fikiran. Namun, adakah kita sedar bahawa Islam juga meletakkan garis panduan ketika bergurau senda. Islam kan syumul.

Sedar atau tidak, kita kadang-kadang berbohong untuk membuatkan orang ketawa. Padahal, berbohong itu dilarang dalam Islam.

“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”[1]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”[2]

Rasulullah telah beri kita contoh gurauan yang mengikut anjuran Islam. Misalnya, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya untuk bergurau. Lelaki itu merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,

“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,

“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [3]

Konsep double meaning telah digunakan oleh baginda untuk bergurau. Baginda bergurau tanpa menyelitkan sebarang unsur-unsur penipuan. Jadi, apa lagi yang kita tunggu, mari kita sama2 berlatih untuk bergurau senda tanpa berbohong. Selamat mencuba!

[1] Riwayat at-Tirmizi.
[2] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[3] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

diolah dari Jujur dalam Bergurau Senda, iluvsilam.com
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2022


*insyaALLAH dalam 2 3 hari ni aku akan kembali dengan entry 'sesuatu' yang terbuku dihati. Nikmatilah dulu ketawa selagi masih ada!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...