Jan 19, 2011

Usah risau sahabatku, Terima kasih

Ini masa sukar kami..
Tidak, kamu belum sedar lagi ni..
Dia memang selalu macam tu, buat benda ikut hati..
Dia dah yakin, kamu sahaja yang masih 'disitu'..
Kami keliru..
Tak, dia yakin.. kamu sahaja yang keliru..
Cukup dulu.. Cukup.. Saya tak mampu fikir lagi..saya dah makin okey ni..Usah risau sangat lah..

Terima kasih buat yang sentiasa bertanya khabar. Sentiasa memberi sokongan. Yang sentiasa mahu membantu. Moga yang terbaik sentiasa buat kamu.


---

Hadis Qudsi,

Apabila seseorang itu ditimpa musibah, ini bermakna Allah mahu mengangkat darjatnya supaya sentiasa mengingatiNYA.


P/s: Apabila kita meminta sesuatu hajat itu dan Allah terus menunaikannya maka bersyukurlah kepada-NYA. Namun, apabila permintaan dan hajat itu tidak ditunaikan ketahuilah Allah telah merancang yang lebih baik buat kamu. Hakikat harap dan tawakal adalah doa disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.




Jan 17, 2011

Betul atau Salah.. Kita tetap KAWAN

Pagi tadi saya tidak dapat hadir ke kuliah.. Cuti dan berehat sahaja di rumah sewa.



Pagi ni badan panas sangat-sangat, Kepala pening berpusing-pusing, dengan hidung sumbat.. Ah.. sakit ke ni?

Yang paling tak tahan..kepala rasa pening.. untuk rekod, saya memang penghidap migrain.. tapi, tu 4 5 tahun yang lepas.. masa zaman persekolahan.. saya tak boleh berada dalam keadaan yang terlampau tertekan dan marah.. ohh.. saya dulu sewaktu zaman sekolah memang seorang yang agak 'berangin'.. tapi, ada suatu peristiwa yang buat saya berubah dan tak nak jadi seorang yang pemarah.. Peristiwa apa? Saya masih belum sedia nak ceritakan disini.. Mungkin di lain kali.. Yelah, buat apa nak jadi seorang yang suka marah-marah kan? Hidup ni lebih indah dan sentosa kalau masing-masing sentiasa bertolak ansur. Nak salah faham, gaduh-gaduh bukan tak boleh.. Ianya lumrah lah kan.. Kita manusia, penuh dengan segala kekurangan, tiada yang sempurna.. Cuma kalau boleh biarlah segalanya berakhir dengan baik.. Kan lebih cun dan cantik kalau macam tu. Betul?

Orang yang bersalah itu tidak semestinya salah selama lamanya...... dan orang yang betul itu tidak semestinya sentiasa betul ...... kesalahan boleh dan perlu dibetulkan..... kebetulan itu tak sama dengan kebenaran... oleh itu jangan jadi orang yang PERASAN betul, dan menganggap orang lain tak betul...Yakin lah dengan kebenaran.

Saya nak dapatkan semula diri saya yang sebelum ini.. Nak jadi Syuk yang biasa.. Yang cool (err..ke macho?hee~).. yang gigih, tabah, dan sabar hadapi apa-apa ujian dan dugaan yang tak jemu datang.. Saya akui 2 3 menjak ni mood saya macam tak berapa betul, rasa murung.. kepala rasa serabut, hati rasa pedih dan sakit.. apabila dikenang-kenang semula.. sebelum ni pernah jua rasa stress, lose tapi still in control.. namun, kali ni saya tewas dengan emosi sendiri.. Perkara yang tidak sepatutnya terjadi.. Moga saya tidak lelah mencari hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.. Pastinya, ada ibrah dari Allah yang mahu berikan 'sesuatu' buat kita sebagai menguji ketaatan kepada-Nya.

Permusuhan, bertikam lidah dan pergaduhan tidak menguntungkan sesiapa. Apatah lagi, jikalau punca kepada kejadian tersebut adalah kerana salah faham. Yang bengkok kita sama-sama tegakkan, yang kusut kita sama-sama rungkaikan, yang kabur kita sama-sama jelaskan.

P/s: Alhamdulillah, nasiblah sahabat sekelas yang lain memahami.. Kuliah hari ni pun tutorial Bimbingan dan Kaunseling je.. Tugasan lain sume dah disiapkan.. cuma sesi pemurnian sahaja yang perlu dibuat.. Kalau ada kuliah Bahasa Arab pening juga nak kejar semula apa yang tertinggal..

P/s: Apabila berbaik semula, perkara 'gaduh-gaduh', salah sangka, dan salah faham ini memang manis untuk dikenang.. Dan proses 'kematangan' ini memang best untuk dinikmati.. Yang penting jangan sesekali give-up, penat, mahupun lelah untuk terus berdiri dengan teguh.

Jan 16, 2011

60 Ribu rakyat Malaysia mempunya PhD menjelang 2023


DUNIA pendidikan baru kini melangkah era lebih mencabar apabila institusi pendidikan tinggi (IPT) negara menyasarkan matlamat melahirkan 60,000 rakyat Malaysia berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023.

Sasaran itu bukan saja menjadikan institusi pengajian tinggi gedung ilmu terulung malah memartabatkan dunia pendidikan negara ke peringkat global.


Bagaimanapun, mampukah matlamat itu dicapai atau adakah ia sekadar perancangan drastik bagi mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang 2020? Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Ramlee Mustapha, berkata sasaran itu perlu dilihat dalam konteks positif bagi memberi keyakinan melaksanakannya.


Beliau berkata, elak daripada bersikap rendah diri atau kurang yakin kerana ia boleh membantut usaha membantu masyarakat menerima konsep pembaharuan dunia pendidikan.


"Masyarakat perlu akur, sistem pendidikan negara hari ini semakin kompleks dan memerlukan suntikan elemen baru bagi bersaing dengan institusi luar negara.


"Transformasi yang dilaksanakan menunjukkan kita bersedia meneroka dunia baru. Ia dibuat bukan sekadar suka-suka tapi selepas meneliti keperluan, kemampuan serta kehendak dunia pendidikan negara pada masa depan.

"Beri kepercayaan penuh kepada universiti dan kerajaan melaksanakan tanggungjawab itu. Ia bukan mudah tetapi tidak mustahil asalkan ada sokongan rakyat dan perancangan yang baik," katanya.

Sumber: HarianMetro


P/s: Saya sendiri sedang menyiapkan proposal untuk Kajian Tindakan saya bagi menyudahkan pengajian Ijazah saya. Belajar sehingga PhD? InsyaAllah.. semoga terus diberi kekuatan mental dan fizikal untuk ke arah itu.

P/s: Belajarlah daripada sesiapa sahaja hatta daripada musuhmu sendiri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...