Dec 11, 2010

Buat Lelaki

Saya tahu artikel ini banyak di dalam FB. Biasanya kalau ada artikel yang cambest je sayaakan copy, paste dan simpan ke dalam dokumen... manalah tau boleh jadikan panduan untuk kemudian hari kan.. Tak Gitu?

Dan apabila saya buka file dokumen, kemaskini file lappy.. saya baca artikel ni semula.. saya rasa macam mahu kongsikan pula dengan semua.. Macam-macam perasaan ada masa baca artikel ni.. Untuk panduan..

--------


LELAKI YANG AKAN DITARIK WANITA KE NERAKA:

Pertama: Sebagai Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidaklah cukup jikalau seorang ayah hanya dengan memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya.

(Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya sholat dan shaum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam)

Kedua: Sebagai Suami

Apabila berstatus suami tetapi tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya dalam pergaulannya, membiarkan isterinya mempercantik diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami tersebut berdiam diri walaupun seorang yg alim dimana sholatnya selalu ditegakkan, saumnya tidak pernah tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya supaya mengikut ketetapan syariat, maka bersiap-siaplah untuk menjadi teman sehidup semati bersamanya di taman neraka sana )

Ketiga : Sebagai Kakaknya/Abang

Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga martabat adik-adik wanita jatuh kepadaa kakak-kakaknya.. dan apabila kakak-kakaknya ini hanya mementingkan diri sendiri atau keluarganya saja kemudian adik perempuannya dibiar melenceng dari ajaran ISLAM. Maka tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik wanita, janganlah hanya menjaga amalmu, dan ingatlah kau juga akan diminta pertanggungjawaban diakhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak menutup aurat)

Keempat : Sebagai Anak Lelaki

Apabila seorang anak lelaki tidak mengingatkan ibunya mengenai sikap dan tingkahlaku yg diharamkan syariat Islam. Misalnya bila sang ibu berbuat kemungkaran seperti, mengumpat, memfitnah, berbohong, menggunjing, mengatai dan sebagainya.. .maka anak lelaki itu akan dimintai pertanggung jawabannya di akhirat kelak.dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki. ….sayangilah ibumu…. ingatkanlah beliau jika salah atau khilaf. Kerana ibumu juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesalahan selamatkanlah beliau dari api neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik untuk menemaninya di neraka)

Lihatlah.!!

Betapa hebatnya daya tarik wanita bukan hanya di dunia malah diakhirat pun daya tarikannya begitu hebat.

Firman Allah S.W.T:
Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu . Hai wanita, kasihanilah ayahmu, suamimu, kakak-kakakmu serta anak-anak lelakimu..

Kasihanilah mereka dan juga dirimu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Kepada golongan lelaki, cubalah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian. Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki. Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??


P/s: Baca, amal, dan sampaikan.

P/s/s: Teringat satu ceramah Tok Guru Nik Aziz yang bagitau.. "Seorang lelaki tu belum boleh dipanggil JANTAN selagimana dia tidak dapat tahan dan sabar dengan perangai-perangai buruk perempuan".. erkk, kontroversi ke statement nih?..

Dec 10, 2010

Tenangkan Hati dan Jadi Positif

Kita tak boleh nak mengawal semua benda yang berlaku dalam hidup. Kita tak boleh nak kawal perasaan seseorang terhadap kita. Biasa kita dengar, buat baik pun orang mengata, buat jahat lagi orang mengata. Jadi? Biarkan sajalah apa orang nak kata. Selagi kita tak berbuat perkara dosa terhadap Allah SWT, buat apa kita nak kisah keredhaan orang lain. Setuju?

Antara susunan kata yang paling saya gemari;

Kita tak mampu ubah orang lain, kerana ia diluar kawalan diri kita.. Yang kita mampu ubah adalah diri kita sendiri, asalkan diri kita itu masih dalam KAWALAN.

Antara tabiat yang boleh dilakukan bagi menenangkan hati jika dilanda kekusutan ialah sentiasa berfikir secara positif dan proaktif.

Habit ini mengatatan bahawa “Saya mempunyai kekuatan. Saya adalah ketua dalam hidup saya. Saya boleh memilih sikap saya. Saya bertanggungjawab atas kebahagiaan dan kesedihan saya. Saya adalah pemandu masa depan saya, bukan penumpang”. Maksud sikap proaktif aialah mampu dan boleh membuat pilihan yang tetap terhadap perasaan kita sendiri. Ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan situasi yang ‘sentap’ dan menyakitkan hati. Tapi kita tak semestinya bereaksi terhadap benda-benda tersebut seperti orang lain.

Misalnya kita dah rancang nak keluar jalan-jalan, tiba-tiba hari hujan. Kita boleh bengang, marah dan rasa tertekan. Tapi kita boleh berasa ‘oh hujan pula, tak apa, boleh buat benda lain di rumah’, macam iklan chipsmore tu. Bila hujan satu keluarga bergembira sambil makan biskut. Bila ada orang yang menyakitkan hati, contohnya ada member‘backbiting’ kita, kita boleh untuk berasa ‘sentap’, rasa down tak ingat selepas difitnah macam-macam, pergi ‘sound direct’, buat benda yang sama macam dia buat… ataupun cuma buat tak tahu saja, maafkan dia ataupun jumpa depan-depan dan berterus terang.

Begitu juga bagi masalah dalam per 'hubungan'. Kalau dalam hubungan lelaki dan perempuan, suami dan isteri khususnya kalau masing-masing nak menegakkan benang yang basah, menegakkan ego, degil, dan keras kepala masing-masing..tak kemana lah.. Yang penting, nak pertahankan suatu hubungan tu selagi boleh.. Berpisah adalah jalan keluar terakhir.. Err..Kenapa tiba-tiba cerita pasal ni ye? Saya sedang risau tatkala membaca entry perceraian di sini sebenarnya, 'no double meaning'..hee~


“Allah berfirman (kepada iblis):’Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu dariorang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).’” ( 15:42)

Bermakna kita yang membuat pilihan dalam setiap apa yang kita jalani. Malah syaitan pun tidak akan bertanggungjawab sekiranya kita mengikuti hasutan mereka.

“syaitan berundur ke belakang sambil berkata: ‘Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksa-Nya.’” (al-Anfal 8:48)

Jadi kenapa kita nak ikut apa yang orang fikirkan terhadap kita? Biarlah orang kata kita gila, atau jahat, atau bodoh, atau jahil (asalkan kita tahu demi Allah kita tak macam tu), siapa orang tu yang nak mengubah masa depan kita? Kecuali jika kita terikut-ikut dengan apa yang dikata-kata itu.


Oleh itu, kita perlulah berpegang kepada;

  • mengambil inisiatif dan mula melakukan sesuatu
  • berfikir tentang penyelesaian dan pilihan
  • bertindak

Dan sebolehnya elakkan daripada;

  • menunggu sesuatu untuk berlaku kepada kita
  • berfikir tentang masalah dan halangan
  • bertindak hanya bila sesuatu berlaku

Akhirnya, walau segala tips diberi dan dikongsi pun..Segalanya kembali kepada hati kita sendiri jua.. Hati yang bersih dari kekotoran dan noda akan membantu kita sentiasa positif dan tenang apabila berhadapan dengan apa-apa masalah.

Disini saya kongsikan jua petua mencuci hati dari Dr Fadzilah Kamsah:

1. Dirikan solat dan banyakkan berd’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Pesan pada orang, jadi baik

17. Menjaga pacaindera

Dec 7, 2010

Jom ke Pesta Buku!

Saya peminat buku-buku PTS. Serius.
Kebanyakan buku yang dikeluarkan oleh PTS sangat berkualiti dan memberi kepuasan kepada saya.

Bagi saya, syarikat PTS yang di ketuai oleh Pn.Ainon mempunyai karisma tersendiri. Mereka bukan sahaja berniaga untuk memandaikan masyarakat malah mendidik masyarakat agar menghargai dan mencintai ilmu.

Ketika mengikuti kelas BlogShop beberapa bulan yang lepas, saya sempat berbual dengan sahabat lama iaitu Tuan Azree. Beliau mengatakan bahawa pada setiap minggu Pn.Ainon ada membuat kelas penulisan kepada sesiapa yang berminat. Beliau juga mengatakan ada mengikuti usrah yang diselia Pn.Ainon yang turut disertai oleh Tuan Zamri Mohamad. Oh, cemburu rasa dihati. Belum ada kesempatan lagi untuk menadah ilmu dan turut serta bersama dengan mereka semua!

Baik.

Sebenarnya tujuan saya menulis entri ini adalah bagi memaklumkan bahawa PTS akan mengadakan Pesta Buku Kanak-Kanak di PWTC pada 22-26 Disember ini. Apa yang paling best sekali... PTS menawarkan diskaun sehingga 25% bagi pembelian buku kanak-kanak pada tarikh tersebut... Seronok kan?

Disamping itu, bagi mereka yang mempunyai blog dan website pihak PTS turut menyediakan web banner khas buat bloggers yang ingin mempromosikan pesta buku ini.. Banner tersebut boleh didapatkan disini.

Moga masyarakat kita dapat dididik dengan membaca daripada kecil lagi. Ingat, membaca itu jambatan ilmu!


Banner PTS@Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

P/s: Saya kalau nak beli buku PTS suka beli di BookCafe.

Dec 6, 2010

Selamat Datang 1432 Hijrah!

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH.
Berlabuhnya tirai maghrib tadi menandakan kita sudah melangkah ke tahun 1432 Hijrah.

Semestinya seperti tahun-tahun yang lalu masjid-masjid dan surau dipenuhi oleh Jemaah pada waktu Maghrib yang ingin bersama-sama membaca doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai.

Dan kepada umat Islam yang dapat menutup 1431 Hijrah dengan berpuasa, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak dapat berpuasa pada hari ini, jangan gusar esok masih ada. Marilah berpuasa, mulakan tahun baru hijrah ini dengan memperbanyakkan amalan sunat moga-moga kita semua menjadi insan yang dicintai oleh penciptaNYA.

Akhir kata daripada saya, moga ketibaan tahun baru ini membawa lebih kebaikan kepada diri kita. Mari berubah kearah lebih baik. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Lawan mazmumah, Perbanyakkan mahmudah!

P/s: Nasihat untuk telinga sendiri yang paling dekat dengan mulut sendiri.


Dari Berjalan kepada Berlarian

Blogwalking...blogwalking... Kenapa blogwalking?
Asasnya sebab nak trafik kan? Tipu lah kalau dikatakan orang yang ada blog tak rasa hepy kalau ada pembaca yang baca blognya.. Dan pembaca ni dibawakan oleh trafik.. Kalau trafik sesak maksudnya ramai la pembaca. Gitu?

Untuk manusia seperti saya yang kadangkala sibuk (perasan sibuk) dan tak sempat nak selalu blogwalking pastinya selalu tercari-cari apa cara yang simple dan mudah untuk blogwalking. Nak dijadikan cerita, maka pagi tadi saya telah di-Tag oleh CikRyu untuk join Blogrunning. Nampak best, caranya pun senang aje!

Apa yang saya perlu buat?

1.Letakkan banner yang dah disediakan beserta link ke blog BlogLarian http://bloglarian.blogspot.com
*settle!


2.Lengkapkan slogan "Saya suka blogwalking kerana... "(tidak lebih 30 patah perkataan)
kerana melalui blogwalking melaluinya saya dapat belajar sifat manusia, melihat gelagat manusia, menambahkan sahabat, menyelami perasaan gembira+sedih dll dan juga menambah ilmu pengetahuan, idea, dan pandangan dengan rakan blogger.
*settle

3.Follow BlogLarian.
*settle

4.Tag 3 orang atau lebih rakan.
Saya mau Tag [Azree], [HamiAsyraff], [Syukri], [Mustakim], [Khai], [Atikah], [Syima]
*settle

5.Sila beritahu rakan yang anda Tag melalui Komen entry.
*settle

6.Tinggalkan link post anda di Komen entry ini.
*settle

7.Peserta akan dilistkan ke dalam Bloglarian mengikut turutan

8.Tiada tarikh tutup buat masa ini.

P/s: sahabat yang tidak di-tag pun sila-sila sertai jua..
P/s/s: harap capat-cepat tersenarai..hihi..

Inflasi

Apa itu inflasi?
Inflasi adalah susut nilai. Nilai mengecil, mengucup dan yang seerti dengannya. Cikgu BM pasti lebih tau apakah istilah paling sesuai untuk digunakan.

Contoh.
Dulu waktu zaman tok-nenek, ayah-mak kita bersekolah kalau dapat duit belanja RM1 dah cukup banyak dan mewah. Macam-macam boleh dibeli. Waktu rehat dengan duit singgit tu memang kenyang lah.

Zaman persekolahan saya (1995-2005), kalau bawa duit dengan nilai RM1 tu memang cukup-cukup lah untuk makan. Kalau nak menyimpan dan menabung tu, hmm..boleh lah..susah juga lah, tapi masih cukup lagi..

Dan, sekarang 2010 jika diberikan RM1 sebagai wang belanja sekolah masih bersesuaian ke? Cukup?

5 tahun akan datang pula macam mana? 10 tahun lagi?
Zaman anak-anak dan cucu-cicit kita kelak bagaimana?
hmm..nampak gayanya trend 'pengurangan nilai' ini akan berterusan. Inflasi.

Jelaskan apa yang dimaksudkan inflasi?

P/s: Kenaikan harga minyak dan 3 barang keperluan utama di Negara kita disebabkan oleh inflasi jua ke? Hakikatnya, kita sangat sukar untuk mengawal pihak lain (pihak luar) namun kita berkuasa untuk mengawal diri kita sendiri kan untuk apa yang kita inginkan?

P/s/s: Ini tiada kaitan dengan politik.



Dec 5, 2010

Jom Puasa esok!

Isnin ini(esok) hari terakhir bagi bulan Zulhijjah.
Lusanya ialah Muharam. Ini bermakna kita akan menyambut ketibaan Tahun Baru Hijrah.



Baik.
Bagi meraikan perpindahan tahun hijrah ni, apa kata kalau kita berpuasa di akhir tahun dan awal tahun hijrah? Maksud saya pada hari esok dan lusa... Lagi cantik kalau kita dapat membaca doa akhir tahun, dan awal tahun disamping menghidupkan malam-malam dengan ibadah kepadaNYA. Tentu molek kan?

Hadis.


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Dan ada 1 hadis tentang kelebihan berpuasa diAkhir Zulhijjah yang diragui martabatnya oleh ahli Hadis.

Amalan berpuasa ini perlu difahami bukan kerana menuntut fadhilah semata-mata, kerana sedia maklum bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan berpuasa dihujung dan awal tahun hijrah itu tidak terletak pada martabat Hadis Sahih.. Namun, dalam hal ini, saya berpegang kepada;

  • Hadis lemah boleh dijadikan sandaran untuk beramal ttapi tidak boleh dijadikan sebagai hujah untuk menjatuhkan hukum.
  • Jika tidak mahu berpegang pada hadis tersebut, maka boleh berpegang pada hadis yang lain; 1. Nabi berpuasa setiap isnin dan khamis(esok isnin), 2. Nabi berpuasa paling banyak dalam bulan Muharam.
Hikmahnya.
Kerana inginkan amalan akhir dan awal tahun itu ditutup dan dibuka dengan puasa. Sesungguhnya, Nabi amat suka sesuatu itu dibuka dan ditutup dengan puasa.

Amalan berpuasa ni telah diamalkan oleh para ulama', cuma kita yang berasa janggal sebab jarang dan tak pernah buat!


P/s: Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua umat Islam di mana sahaja. 1431 Hijrah sudah hampir berlalu adakah azam kita yang lalu sudah tercapai?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...