Nov 1, 2008

Awas pengguna online banking

Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu. Berwaspada kepada pengguna-pengguna bank online seperti maybank2u, cimbonline dan sebagainya.

Tip kepada pengguna online banking

1. Jangan sesekali login ke website online banking melalui email, link website dan sebagainya.
2. Pihak bank tidak akan meminta password dan login anda. Jangan sesekali memberi password anda kepada orang lain terutama melalui email.
3. Jangan sesekali menukar data apabila diminta melalui email kerana pihak bank tidak akan meminta anda menukar data.
4. Jika ada keraguan sila menghubungi pihak bank
5. Sentiasa clear chace/cookies setiap kali selepas anda log out.


CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.

KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.
Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.
Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.
Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.
Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.
"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.
Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel..
Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park , Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.



Razak Baginda Tewas- KES ALTANTUYA

Razak Baginda bebas... Azilah Hadri dan Sirul Azhar diperintah bela diri October 31, 2008 : 10.19 AM


LAPORAN AGENDADAILY


Pengalisa politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh warga Monggolia, Altantuya Shariibu pagi Jumaat.

Bagaimanapun dua tertuduh lagi Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membela diri tas tuduhan membunuh wanita tersebut. Hakim Datuk Mohd Zaki Md. Yasin ketika membaca keputusan perbicaraan itu berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya kes prima facie ke atas Razak. Azilah dan sirul dituduh membunh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara jam 10 pagi 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi 20 Oktober 2006.

Manakala Abdul Razak pula dituduh bersubahat membunuh wanita berkenaan. Perbicaraan kes pembunuhan yang berprofil tinggi ini berlangsung selama 151 hari bermula November 2006 dan seramai 84 saksi pendakwaan telah memberikan keterangan. - 31/10/2008



LAPORAN HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Iklan

Mahkamah bagaimanapun telah mengarahkan dua tertuduh lain iaitu, Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut.

Pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.

Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.

Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.

Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi. - mks._




LAPORAN UTUSAN MALAYSIA


SHAH ALAM 31 Okt. - Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Abdul Razak merupakan pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemikir tempatan. - Utusan



LAPORAN BERITA HARIAN

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, pagi ini membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.





Oct 31, 2008

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi
, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."






Oct 30, 2008

Keajaiban Azan

Neil Armstrong,Sheikh Muszaphar dan ramai lagi astronaut terdengar azan apabila sampai di ruang angkasa. Ada pendapat yang mengatakan bahawa itu adalah suara azan yang naik ke langit.Ape2 pun, yang nyatanya ialah "Sedarkah kalian bahawa azan berkumandang selama 24 jam di dunia ini..."





Sifat Pemisah Di Antara Dua Lautan(Bhg.Akhir)

Sifat Pemisah Di Antara Dua Lautan(Bhg.Akhir)

Fakta Saintifik:
Siapakah yang dahulunya tahu bahawa laut-laut yang masin berbeza di antara satu sama lain walaupun kesatuannya dari segi sifat-sifat luaran yang diketahui oleh penglihatan dan deria-deria, kerana semuanya adalah (masin, biru, berombak dan di dalamnya ada ikan-ikan dan selainnya)? Bagaimana ia berbeza-beza sedangkan ia bercantum di antara satu sama lain? Dan yang diketahui adalah air-air apabila ia bercampur di dalam bekas yang satu, ia akan menjadi satu [sejenis] ... oleh itu, bagaimana pula dengan anasir-anasir percampuran yang banyak di laut-laut yang terdiri daripada pasang, surut, ombak-ombak, arus-arus dan ribut-ribut?

Ayat tersebut menyebut pertemuan di antara dua laut masin yang setiap satu daripadanya berlainan dari yang satu lagi. Kerana, jika dua laut tersebut, setiap satu daripadanya tidak berbeza daripada yang satu lagi, keduanya akan menjadi laut yang satu. Tetapi pembezaan di antara keduanya di dalam lafaz Quran menunjukkan kepada perbezaan di antara kedua-duanya walaupun kedua-duanya adalah masin.

{Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu} yakni; dua laut tersebut bercampur, dan kedua-duanya di dalam keadaan datang dan pergi, bercampur dan berkocak di kawasan percantuman, seperti mana yang ditunjukkan oleh bahasa dengan lafaz مرج [bergerak-gerak], dan inilah yang ditemui oleh Ilmu berkenaan sifat keadaan pemisah yang berkeadaan condong dan beralih-alih di dalam musim-musim yang berlainan dengan sebab pasang surut dan monsun-monsun.

Sesiapa yang mendengar ayat ini sahaja akan membayangkan bahawa penyebatian dan percampuran yang besar berlaku di antara laut-laut ini akan menghilangkan ciri-cirinya yang tersendiri yang ia miliki. Tetapi [Tuhan] Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berpengetahuan Mendalam menetapkan dalam ayat yang berikutnya {Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya} yakni; walaupun dengan keadaan bercampur dan bergelombang ini yang didapati pada laut-laut, sesungguhnya satu pemisah memisahkan antara keduanya yang menghalang setiap satu dari keduanya untuk melampaui dan melebihi hadnya.

Inilah yang disaksikan oleh manusia setelah mana dia maju di dalam pengetahuannya dan peralatannya, dia telah menemui air ketiga memisahkan antara dua laut tersebut yang berbeza dalam ciri-cirinya daripada ciri-ciri setiap satu dari keduanya.

Dengan wujudnya penyekat tersebut, air dua laut yang melebihi akan bercampur dengan amat perlahan, tetapi tanpa salah satu daripada dua laut tersebut melampau ke atas yang satu lagi dengan ciri-cirinya; kerana sempadan tersebut adalah kawasan yang diputar padanya air-air yang melintas dari satu laut ke [laut] yang satu lagi, agar air-air yang berpindah itu akan mendapat –secara beransur-ansur– sifat-sifat laut yang ia akan masuki dan hilang sifat-sifat laut yang ia datang darinya. Dan dengan ini, tidak melampau satu laut terhadap laut yang lain dengan ciri-cirinya, sekalipun kedua-duanya bercampur sewaktu percantuman.

Benarlah Allah yang berfirman:
{مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ}{بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ}

{Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;}[Ar-Rahman : 19-22]

Kebanyakan ahli Tafsir telah berpendapat bahawa sempadan yang memisah di antara dua laut tersebut adalah sempadan dari kuasa Allah yang tidak dapat dilihat.*

Dan telah menjadi kemusykilan bagi sebahagian ahli Tafsir, menyatukan antara percampuran air-air laut dengan wujudnya pemisah, kerana kewujudan penyekat (pemisah) memestikan terhalangnya percampuran dan pernyataan bercampur (berolak-alik) memestikan tidak wujud penyekat. Dan kemusykilan tersebut telah hilang dengan penemuan rahsia-rahsia laut mengikut realiti-realitinya.

(A)

(B)
Gambar satelit yang menjelaskan bagaimana air dari Lautan Atlantik [kiri] yang lebih ringan dan lebih sejuk masuk ke Laut Mediterranean [kanan] yang lebih berat dan lebih panas, melalui 5 teknologi berlainan.

Bentuk-bentuk Ie’jaz Dalam Ayat-ayat Tadi:
Daripada apa yang telah lalu, jelas:

1) Bahawa Al-Quran Al-Karim yang turun sebelum lebih 1400 tahun telah mengandungi maklumat-maklumat terperinci berkenaan fenomena-fenomena laut yang tidak disingkap melainkan baru sahaja, dengan alat-alat yang moden. Dan antara maklumat-maklumat tersebut adalah wujudnya sempadan-sempadan air di antara laut-laut, firman Taala:
{مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ}{بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ}

{Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;}[Ar-Rahman : 19-22]

2) Perkembangan sejarah di dalam laluan ilmu Oseanografi menyaksikan ketiadaan wujudnya maklumat-maklumat terperinci mengenai Laut terutamanya sebelum pengembaraan Challenger pada tahun (1873M) apatah lagi pada waktu turunnya Al-Quran sebelum seribu empat ratus tahun yang turun kepada seorang Nabi buta huruf yang hidup di dalam suasana padang pasir dan tidak melayari laut.

3) Seperti mana, Oseanografi juga tidak berkembang melainkan pada dua kurun terakhir, khususnya pada separuh akhir kurun kedua puluh. Dan sebelum itu, Laut adalah tak diketahui lagi menakutkan, banyak dongeng-dongeng dan kepercayaan karut mengenainya. Apa yang diambil berat oleh orang yang melayarinya adalah keselamatan dan mendapat petunjuk kepada jalan yang betul sewaktu perjalanan mereka yang jauh. Manusia tak tahu bahawa laut-laut yang masin adalah laut-laut yang berlainan melainkan pada tiga puluhan kurun yang lalu setelah para pengkaji mendirikan beribu-ribu stesen kaji laut untuk menyelidik sampel-sampel air laut-laut tersebut. Mereka mengukur pada setiap satu darinya perbezaan-perbezaan dari segi suhu, kadar kemasinan, kadar kelikatan, kadar kelarutan oksigen di dalam air laut-laut tersebut di setiap stesen itu, lalu mereka mendapat tahu setelah itu bahawa laut-laut yang masin adalah berbagai-bagai.

4) Manusia tidak mengetahui penyekat yang memisahkan antara laut-laut yang masin, kecuali setelah ia mendirikan stesen-stesen penyelidikan laut yang menunjukkan kepadanya, setelah menghabiskan waktu yang lama di dalam mengikuti kewujudan penyekat-penyekat condong yang beralih-alih ini, yang berubah dari segi kedudukan geografinya dengan perubahan musim setahun

5) Manusia tidak mengetahui bahawa air dua laut yang terpisah di antara satu sama lain dengan sempadan air, keduanya bercampur dalam masa yang sama kecuali setelah dia berterusan mengkaji dengan peralatan-peralatan dan kapal-kapalnya pergerakan air-air di kawasan-kawasan pertemuan di antara laut-laut, serta melakukan penyelidikan terhadap jisim-jisim air di kawasan-kawasan tersebut.

6) Dan manusia tidak mengakui kaedah ini terhadap semua laut-laut yang bercantum, kecuali setelah imbasan saintifik yang meluas ke atas fenomena yang berlaku di antara setiap dua laut yang pada seluruh laut-laut Bumi.


Kemasinan diukur dengan kadar garam (mengikut gram) yang larut di dalam 1,000 gram air laut. Kerana itu kemasinan sering dinyatakan sebagai "parts per thousand" (ppt) [satu bahagian setiap seribu].*

Kemasinan air berdekatan permukaan laut berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang yang lain. Kemasinan permukaan laut merangkumi dari kira-kira 32 ppt di kebanyakan kawasan Utara Pasifik sehingga 37.5 ppt di kawasan Utara tengah Atlantik.

- Adakah Rasulullah dahulunya memiliki stesen-stesen kaji laut itu, peralatan-peralatan menyelidik jisim-jisim itu dan kemampuan untuk mengikuti pergerakan jisim-jisim air yang berlainan?

- Adakah telah melakukan aktiviti imbasan menyeluruh, Baginda yang tidak pernah melayari laut sama sekali dan hidup pada zaman yang dongeng-dongeng adalah perkara yang menguasai pemikiran manusia, terutamanya di lapangan Laut?

- Adakah mudah untuk Rasulullah pada zaman Baginda kajian-kajian, peralatan-peralatan dan penyelidikan-penyelidikan seperti apa yang mudah saintis-saintis Oseanografi yang telah menemui rahsia-rahsia tersebut dengan kajian dan penyelidikan?

- Sesungguhnya ilmu yang dibawa turun oleh Al-Quran ini mengandungi sifat untuk rahsia paling rumit pada zaman yang mustahil untuk manusia ketahui benar-benar menunjukkan kepada sumbernya Ilahi, sebagaimana firman Taala:
{قُلْ أَنزَلَهُ الَّذِي يَعْلَمُ السِّرَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِنَّهُ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا}

{Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.}[Al-Furqan : 6]

- Sebagaimana ia juga menunjukkan bahawa orang yang diturunkan kepadanya Kitab tersebut adalah seorang Rasul yang diwahyukan kepadanya, dan benarlah firman Taala:
{سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ}

{Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?}[Fussilat : 53]



Sifat Pemisah Di Antara Dua Lautan(Bhg.2)

Sifat Pemisah Di Antara Dua Lautan(Bhg.2)

Fakta Saintifik:
Di dalam kajian lapangan* bagi perbandingan antara air Teluk Oman dan Teluk Arab melalui angka-angka, pengiraan-pengiraan dan penyelidikan kimia, jelas berbezaan setiap satu darinya dari segi kimia dan tumbuh-tumbuhan yang mendiami di setiap satu daripada keduanya dan wujudnya sempadan yang memisah di antara keduanya.



Penyampaian kepada realiti kewujudan sempadan-sempadan antara setiap jisim-jisim laut dan tugasnya dalam memelihara ciri-ciri setiap laut, memerlukan hampir seratus tahun kajian dan penyelidikan, yang turut serta di dalamnya beratus-ratus penyelidik, digunakan kebanyakan peralatan dan kaedah-kaedah kajian saintifik yang canggih di dalamnya.
Sedangkan Al-Quran Al-Karim telah menjelmakan hakikat ini sebelum empat belas kurun. Firman Taala:
{مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ}{بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لاَ يَبْغِيَانِ}{فَبِأَيِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ}{يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ}

{Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;}[Ar-Rahman : 19-22]

Dan berfirman Allah Taala:
{وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا}

{dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang masin) sekatan (semula jadi) yang memisahnya?}[An-Naml : 61]

Makna-makna Bahasa Serta Pendapat-pendapat Ahli Tafsir:
مَرَجَ :
Ibnu Faris berkata: مرج [ma ra ja] : mim, ra’ dan jim adalah asas yang sahih* yang menunjukkan kepada datang, pergi dan bergelombang,
مرج الخاتم في الأصبع [bergoyang cincin tersebut di jari itu] : bergerak-gerak, dan perbandingan bab ini semua sekali adalah darinya.
مَرَجَتِ أماناتُ القومِ وعهودُهم [goyah amanah-amanah kaum tersebut dan perjanjian-perjanjian mereka] : ia kucar-kacir dan bercampur aduk.
المَرْج : asalnya adalah tanah yang mempunyai tumbuh-tumbuhan yang haiwan melata bergerak-gerak padanya*.

البحرين :
Berkata Ibnu Faris: ba’, ha’ dan ra’, Al-Khalil berkata: laut itu disebut sebagai laut kerana sifatnya yang melaut yakni terbentang dan meluas ...
dan dikatakan kepada air apabila ia menjadi pekat setelah ketawarannya اسْتَبْحَرَ danماء بحري [air laut] : iaitu [air] yang masin.*

Al-Asfahani berkata*: telah berkata sebahagian mereka [iaitu ahli bahasa] : perkataan البحر disebut pada asalnya bagi air yang masin bukan yang tawar.*

Dan Ibnu Manzur* berkata: ia telah biasa digunakan untuk [air] yang masin sehinggakan kurang pada [air] yang tawar*.

Apabila dilafazkan البحر ia menunjukkan kepada laut yang masin, dan apabila ia dikaitkan ia menunjukkan kepada apa yang dikaitkan.

Al-Quran tidak menggunakan lafaz الأنهار [sungai-sungai] bagi menunjukkan kepada air-air tawar yang mengalir banyak. Dan digunakan lafaz laut untuk menunjukkan kepada laut yang masin. Firman Taala:
{وَسَخَّرَ لَكُمْ الْفُلْكَ لِتَجْرِيَ فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ وَسَخَّرَ لَكُمْ الأَنهَارَ}

{dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).}[Ibrahim : 32]

Di dalam hadith, lafaz laut menunjukkan kepada untuk menunjukkan kepada air yang masin.
سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَرْكَبُ الْبَحْرَ وَنَحْمِلُ مَعَنَا الْقَلِيلَ مِنْ الْمَاءِ فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا أَفَنَتَوَضَّأُ مِنْ مَاءِ الْبَحْرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ

Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Ya Rasulullah! Kami melayari laut dan kami membawa bersama-sama kami sedikit air. Jika kami berwuduk dengannya, kami akan kehausan. Adakah boleh kami berwuduk dengan air laut? Lalu Rasulullah s.a.w berkata: “ia adalah yang [bersifat] menyucikan [yakni] airnya dan yang halal [yakni] bangkainya*”.

البرزخ :
Ia adalah pemisah ; dan kebanyakan ahli tafsir* berpendapat bahawa ia tidak dilihat.

البغي :
Ibnu Manzur berkata: dan asal البغي [melampau] adalah melampaui batasan.

Manakala Al-Jauhari* dan Al-Asfahani* [juga] telah berkata sedemikian.

المرجان :
Ibnu Al-Jauzi* berkata: Kadhi Abu Ya’la telah meriwayatkan bahawa marjan adalah sejenis mutiara yang seperti rod dan diriwayatkan daripada Az-Zajjaj* kata-katanya: Marjan adalah putih yang bersangatan putih*.



Gambar batu karang [marjan] yang berwarna merah dan putih. Sebelum diproses [kanan] dan selepas diproses [kiri].

Ibnu Mas’ud berkata: Marjan adalah manik merah.
Dan Abu Hayyan* telah menukilkan daripada sebahagian mereka [yakni ahli tafsir]; bahawa marjan adalah batu yang merah*.

Berkata Al-Qurtubi: dan dikatakan Marjan adalah yang besar-besar dari mutiara serta yang bagak-bagak darinya, ia dikatakan oleh Ali dan Ibnu Abbas -رضي الله عنهما-, dan mutiara adalah yang kecil-kecil daripadanya. Daripada mereka berdua juga sebaliknya iaitu mutiara adalah yang besar-besar dari jenis mutiara dan marjan adalah yang kecil-kecil darinya. dan ia dikatakan oleh Ad-Dohhak dan Qotadah*.

Al-Alusi* berkata: Saya merasakan bahawa, jika diambil kira pada mutiara maksud bergemerlapan dan bercahaya, dan pada marjan maksud bercampur dan bergaul, yang paling tepat untuk itu adalah apa yang kedua dikatakan tentang kedua-duanya*, iaitu mutiara adalah apa yang besar-besar darinya dan marjan adalah mutiara yang kecil-kecil.



Gambar mutiara [lu’lu’] yang boleh didapati kawasan air tawar dan air masin serta gambar batu karang [marjan] yang hanya ada di kawasan air masin.

Hasilnya adalah, Marjan merupakan sejenis perhiasan yang berupa dengan warna-warna yang pelbagai putih dan merah, berkeadaan besar dan kecil, ia adalah batu yang seperti rod-rod. Kadangkala ia adalah kecil seperti mutiara atau manik, dan ia di dalam ayat tersebut bukan mutiara, huruf atof [kata penyambung] di antaranya memestikan kelainan.
Begitulah, dan Marjan tidak wujud kecuali di laut-laut yang masin.


Gambar batu karang [marjan] berwarna putih dan merah yang telah siap diproses untuk dibuat perhiasan.

Ayat-ayat tersebut menunjukkan kepada kita maklumat terperinci rahsia-rahsia yang disingkap hari ini oleh ilmu Oseanografi, kerana ia menceritakan pertemuan di antara laut-laut yang masin dan bukti perkara tersebut adalah apa yang berikut:

Pertama : Ayat tersebut telah menyebut lafaz البحرين [dua laut] tanpa sebarang ikatan, oleh itu, itu menujukan bahawa dua laut tersebut adalah masin.

Kedua : Ayat-ayat di dalam surah Ar-Rahman menjelaskan bahawa dua laut tersebut keluar daripada kedua-duanya mutiara dan marjan. Dan telah nyata bahawa marjan tidak ada kecuali di laut-laut yang masin. Dan perkara itu menujukan bahawa ayat tersebut bercakap tentang dua laut yang masin. Firman Taala:
{ يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ }

yakni keluar daripada setiap satu dari kedua-duanya.

Bersambung.....



Sifat Pemisah Di Antara Dua Lautan(Bhg.1)

Sifat Pemisah Di Antara Dua Lautan(Bhg.1)

Fakta Saintifik:

Ahli Oseanografi telah sampai, setelah kemajuan Sains pada zaman ini, kepada penemuan pemisah di antara dua laut, mereka dapati bahawa terdapat satu sempadan yang memisahkan di antara setiap dua laut, ia bergerak di antara keduanya dan ilmuwan oseanografi menamakannya “front” bagi menyamakannya dengan ketumbukan* yang memisahkan di antara dua angkatan tentera. Dan dengan wujudnya sempadan ini, setiap laut dapat memelihara ciri-ciri yang ditentukan oleh Allah baginya, dan ia menjadi sesuai untuk apa yang ada di dalamnya yang terdiri daripada makhluk-makhluk bernyawa yang hidup di dalam ekologi tersebut.

Dengan wujudnya sempadan ini, dua lautan akan bercampur dengan perlahan-lahan, serta menjadikan kuantiti yang melintas dari satu laut ke laut yang lain mendapat ciri-ciri laut yang akan ia berpindah melalui cara sempadan yang melaksanakan proses pengitaran terhadap air yang melintas dari satu laut ke laut yang lain; supaya setiap laut kekal memelihara ciri-cirinya.

Telah berperingkat-peringkat ilmu manusia untuk mengetahui realiti perbezaan air-air lautan dan apa yang di antaranya yang berupa sempadan-sempadan:

* Saintis Oseanografi telah menemui bahawa di sana terdapat berbezaan di antara contoh-contoh air yang diambil daripada laut-laut yang pelbagai pada tahun (1284H – 1873M) di tangan rombongan saintifik lautan Inggeris dalam pengembaraan Challenger, lantas manusia mendapat tahu bahawa air-air di lautan berbeza-beza kandungannya antara satu sama lain dari segi kemasinan, tahap kepanasan, kadar kelikatan dan jenis-jenis hidupan air. Penemuan maklumat-maklumat ini adalah setelah pengembaraan ilmiah yang berterusan selama tiga tahun, yang meliputi seluruh lautan Dunia. Pengembaraan ini telah mengumpulkan maklumat daripada 362 stesen yang dikhususkan untuk kajian ciri-ciri semua lautan. Dan laporan-laporan pengembaraan tersebut telah memenuhi 29,500 muka surat di dalam lima puluh jilid yang penyempurnaannya mengambil masa 23 tahun. Tambahan kepada keadaan pengembaraan tersebut sebagai salah satu projek penemuan saintifik terbesar, ia juga telah menzahirkan kelemahan apa yang diketahui oleh manusia tentang lautan.*

* Setelah tahun 1933M, satu pengembaraan saintifik Amerika lain telah dilakukan di Teluk Mexico, beratus-ratus stesen lain telah selerakan bagi mengkaji ciri-ciri laut, dan di dapati bahawa sebilangan besar stesen-stesen ini memberikan maklumat-maklumat yang serupa tentang ciri-ciri air di kawasan tersebut, dari segi kemasinan, kelikatan, suhu, hidupan air dan kemungkinan larut oksigen di dalam air, sementara stesen-stesen yang selebihnya memberikan maklumat-maklumat yang serupa bagi kawasan-kawasan yang lain. Ia merupakan antara perkara yang ilmuwan Oseanografi membuat kesimpulan wujudnya dua laut yang berbeza dari segi sifat-sifat yang bukan hanya sampel-sampel yang tertentu seperti yang diketahui daripada pengembaraan Challenger.

Gambar satelit yang menjelaskan keadaan suhu permukaan laut di Teluk Mexico yang secara tak langsung menzahirkan kewujudan jisim-jisim air yang berlainan dalam satu kawasan.*

* Manusia telah mendirikan beratus-ratus stesen-stesen kaji laut bagi menyelidik sifat tersendiri laut-laut yang berbeza-beza, dan para saintis telah mengakui bahawa perbezaan di dalam sifat-sifat ini membezakan air-air lautan yang berlainan antara satu sama lain, tetapi mengapakah lautan tidak bercampur dan menjadi satu walaupun kesan dua kuasa pasang dan surut yang menggerakkan air laut dua kali setiap hari, yang menjadikan lautan di dalam keadaan datang dan pergi, bercampur dan bergelombang? Di samping anasir-anasir lain yang menjadikan air-air laut senantiasa bergerak dan bergelombang seperti ombak-ombak permukaan dan dalaman serta arus-arus air dan lautan?

Jawapan[nya] muncul pada lembaran buku-buku sains buat pertama kalinya pada tahun (1361H-1942M). Kajian-kajian yang meluas tentang sifat tersendiri lautan-lautan telah menzahirkan penemuan sempadan-sempadan lautan yang memisahkan di antara laut-laut yang bertemu, serta memelihara ciri-ciri tersendiri setiap laut dari segi kelikatan, kemasinan, hidupan air, suhu, kemungkinan larutnya oksigen di dalam air tersebut.


Pada tahun (1962M) diketahui peranan sempadan-sempadan lautan di dalam penyaringan ciri-ciri air jisim air yang melintas dari satu laut ke laut bagi menghalang melampaunya salah satu laut ke atas yang lain. Oleh itu berlakulah percampuran di antara laut-laut yang masin berserta dengan pemeliharaan setiap laut terhadap ciri-cirinya dan sempadan-sempadannya yang terbatas dengan kewujudan pemisah-pemisah tersebut.

Gambar rajah berikut menjelaskan sempadan-sempadan air Laut Mediterranean yang panas serta masin, ketika masuknya ke dalam lautan Atlantik yang mempunyai air yang sejuk dan lagi kurang kemasinan daripadanya.



Pemisah di antara air-air Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik. Jelas perbezaan air-air pemisah (sempadan) daripada air-air dua laut tersebut dari segi kadar kemasinan, dan ia dijelaskan dengan garisan-garisan, nombor-nombor dan warna-warna.*

* Dan akhirnya manusia telah berjaya mengambil gambar pemisah-pemisah yang bergerak dan condong di antara laut-laut yang masin melalui teknik khas dengan fotografi suhu menggunakan satelit, yang menjelaskan bahawa air-air laut sekalipun zahirnya jisim yang satu, di sana terdapat perbezaan-perbezaan yang besar di antara jisim-jisim air bagi laut-laut yang berlainan, jelas dengan warna-warna yang berlainan mengikut perbezaannya dari segi kadar kepanasan.*



Bersambung......




Persoalan Dalam Merayakan Hari Kebesaran Bukan Islam

Beberapa Pandangan yang Melarang

Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang telah bersidang bagi kali ke-162 pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam adalah dilarang sama sekali menyertai sebarang perayaan agama lain, dalam apa jua bentuk yang dirayakan orang-orang bukan Islam di negeri ini.

Bergabung dalam perayaan orang bukan Islam adalah haram. Sebab hal itu termasuk sikap tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran. Padahal Allah telah berfirman:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah:2).

Ibnul-Qayyim di dalam bukunya yang bertajuk Ahkamu Ahlidz-Dzimmah, 1/205 menyebut bahawa:

“Menyampaikan ucapan selamat terhadap syiar-syiar kekufuran yang bersifat khusus adalah haram menurut kesepakatan ulama, seperti ucapan saat perayaan atau puasa mereka: “Selamat atas hari rayamu, semoga diberkati”, ataupun ucapan-ucapan lain yang senada meskipun yang mengucapkannya bisa selamat dari kekufuran, tetap saja hal itu merupakan sesuatu yang diharamkan. Ini setaraf dengan ucapan selamat atas sujud mereka kepada salib, dan masih banyak hal lain yang menyangkut masalah agama.”

Fatwa MUI (Majlis Ulama Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 juga telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan Hari Krismas atau Natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqidah umat Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulema Indonesia ialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya.

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti Hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau kerana hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).

Melihat Dengan Kacamata Lain Dan Keperluan Semasa Gerakan

Sebenarnya hubungan antara muslim dengan bukan muslim ialah di atas dasar ta’aruf (perkenalan); ta’awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil; Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah:8

Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah ( perdamaian); mu’asyarah (pergaulan mesra); mu’amalah bil husna (bermasyarakat secara baik); tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta’awon (bekerjasama di atas kebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2)

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berhubung dan berkomunikasi dengan golongan bukan Islam. Sirah telah melakarkan bahawa baginda pernah meminta bantuan militeri terhadap bukan Islam, pernah memberi kepada bukan Islam harta rampasan perang (ghanimah), pernah berperang bersama dengan orang bukan Islam (Safwan Umaiyah dalam perang Hunain), baginda bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, Rasulullah memenuhi undangan bukan Islam, pernah berkahwin dengan perempuan mereka (kaum Qibti) dan Rasulullah S.A.W juga bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj: Qardhawi: halal dan haram).

Berdasarkan perkara di atas, marilah kita cuba memperhalusi isu ini mengikut keperluan semasa dakwah dan juga politik Islam kita. Hari ini kita semua hidup dalam suasana masyarakat yang terlalu majmuk dengan adanya orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Kedayan, Sakai, Serani dan sebagainya yang tidak mahu saya tuliskan semuanya di sini. Dan, mereka ini juga menganuti dan mengamalkan ajaran masing-masing yang banyak antaranya adalah bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Lantas, sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik dan berkomitmen tinggi dalam meninggikan syariat Allah di muka bumi ini, kita haruslah lebih bijak dalam menangani perhubungan dan persefahaman antara kaum yang ada di negara ini.

Kepimpinan Kita Perlu Menunjukkan Sifat Toleransi

Kedudukan hukum akan berubah apabila melibatkan pemimpin negara dan juga pemimpin masyarakat. Bagaimana mungkin apabila tiba musim perayaan bagi orang Islam, maka cuti dan juga pelbagai acara diatur bagi memeriah dan menghidupkannnya. Sedangkan apabila tiba musim perayaan agama dan kaum lain, mereka dibiarkan begitu sahaja. Sudah pasti akan timbul fitnah dan rasa kurang senang (baca: tidak puas hati) kepada kerajaan yang memerintah. Bukanlah maksudnya kerajaan Islam perlu mengadakan perayaan yang bersifat besar seperti perayaan kita, tetapi tadbirlah ia dengan seadil dan selayaknya.

Apabila ada unsur kejiranan, umpamanya teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka dan menjemput kita, maka haruslah kita juga melihatnya sebagai suatu peluang untuk mendekati mereka dan seterusnya menyampaikan dakwah kepada keluarga mereka. Fitnah akan timbul jika si muslim tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaan mereka. Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.

Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supaya tidak redha dengan kekufuran agama mereka. Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama untuk semua orang dan untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu.

Dalam surah An Nisaa ayat ke-36 dijelaskan maksudnya:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh….”.

Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).

Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga”.

Menurut Imam Al Qurthubi;

“Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman”.

Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.

Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.

Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan.
(Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15 dan surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Bagaimana dengan ucapan sempena perayaan mereka?

Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor menyebut bahawa;

“mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu’ (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.

Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.

Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, telah disebutkan dalam perenggan yang sebelumnya yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 iaitu Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.

Kita juga perlu mengambil kira hubungan kemanusiaan dalam isu ini, seperti mana bidang-bidang kemanusiaan lain, kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah tegas Dr. Abdul Hayei.

Perbuatan seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain adalah jelas keharamannya kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Akan tetapi, jika mereka dengan sudi telah menghulurkan makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya kerana mereka mungkin akan terasa hati dan fitnah akan timbul ke atas kita iaitu tidak meraikan perpaduan nasional dan juga bersifat toleransi.

Pandangan Ulama Terkemuka Yang Lain

Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.

Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.

Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.

Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Kesimpulan

Dalam era baru gerakan Islam di Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada kita untuk memahami suasana masyarakat yang terlalu variasi agama dan kepercayaannya. Memang menjadi hasrat kita untuk memupuk perpaduan antara kaum dan agama, namun tidaklah bermakna kita harus menafikan bahawa wujud perbezaan-perbezaan mutlak antara agama. Sebaliknya, dengan kita lebih memahami perbezaan inilah maka kita akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain dan kita akan lebih berjaya mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah Islam dengan lebih berkesan.

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa perayaan-perayaan besar yang ada di negara kita ini adalah merupakan perayaan-perayaan yang bersifat agama. Perayaan mereka melambangkan anutan mereka. Apa yang harus kita fahami adalah kita sama-sama meraikan perayaan itu bukan kerana ’sebab’ perayaan itu berlangsung, tetapi yang kita kongsi ialah kegembiraan. Oleh sebab itu, apabila satu pihak mengucapkan selamat dan tahniah kepada pihak yang lain yang dimaksudkan ialah kegembiraan itu, bukan sebabnya. Sekiranya ini difahami dengan baik tidak akan timbul sebarang keraguan atau perasaan yang bukan-bukan.

Wallahu’alam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Pusat
http://minda-kembara.blogpsot.com/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...