Aug 28, 2008

Tanda-tanda datangnya maut!


Mari kita sama-sama merenung akan tanda-tanda kepda datangnya maut!

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari sebelum hari mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari sebelum hari mati
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kematian itu sememangnya suatu perkara yang pasti yang memang tidak dapat dinafikan lagi, usah takut.. usah lari.. setiap saat, setiap minit kita semakin menghampiri kematian...
Bersediakah kita?

Aug 27, 2008

Permatang Pauh + Tahniah!!



Assalamualaikum,

Tarikh 26 Ogos 2008 sudah berlalu. Kekalutan sebelum tarikh itu sudah berakhir dan kini semuanya sudah terjawab. Permatang Pauh membuka lembaran baru landskap politik Malaysia.

Setelah 10 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menempuh rintangan fitnah yang dilemparkan oleh Umno BN. 10 tahun DSAI menjawab semua persoalan yang terbuku dihati rakyat. Dan 10 tahun perancangan beliau kini menghampiri noktah.

Tahniah aku ucapkan diatas segala gerak kerja dan perancangan PKR yang rapi. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua jentera Pakatan Rakyat yang memberi sokongan padu kepada DSAI. Kini tibalah saatnya perancangan baru untuk menentukan hala tuju Malaysia sebuah negara yang merdeka dan berbilang bangsa.

51 tahun Malaysia diperintah oleh Umno dan sekutu. 51 tahun Malaysia dpegang oleh tangan tangan yang memodenkan Malaysia sambil mengaut keuntungan hasil negara. 51 tahun rakyat dibutakan oleh propaganda Umno BN.

Lembaran baru menjelma. Rakyat Malaysia berbilang bangsa mengharapkan suatu perubahan yang besar pada pentadbiran Malaysia.

Anwar !!! lakukanlah apa yang ingin kamu lakukan pada politik Malaysia. Tapi jangan sesekali kamu abaikan kebajikan rakyat. Jangan sesekali kamu cemarkan maruah Islam. Ingatlah jasa tangan tangan yang membangkitkan kamu ke medan ini. Selamat berjuang wahai pemimpin. Lakukanlah yang terbaik. Jadikanlah Rasulullah dan para sahabat sebagai petunjuk. Al Quran dan Sunnah menjadi pegangan. Semoga kite semua diberkati. Jazakallah.

Kes MyMode 1

Untuk entry kali ini, aku nak cerita antara pengalaman aku sebagai sorg Agen MyMode..
bukan niat nak poyo or paper.. sje jer.. Ye lar.. dah blog aku, suka ati aku la nak tulis ape pun kan..??! har3x...=p

------------------

Kejadian ni bru je lgi.. Ahad 2 minggu lepas
(17 Ogos), masa ni cuti sekolah dan aku lak masa tu ada kat Tg Malim, kat kawasan perkampungan gak lar..

"Salam, akak dah bank-in duit kat syukur RM100. Tolong bg point yer!!"

Aku dapat msg lebih kurang tulis mcm tu lar malam tuh.. Alahai.. Aku dah pening2 dah xtau nak buat mcmner.. Perasaan aku bercampur baur.. Bengang...Geram.. Marah.. rasa dibelenggu tanggungjawab yg perlu ditunaikan.. ish... mcm2lah xreti aku nak tulis mcm ner!

Tup2x.. antar sms bgtau dah bank-in.. kalau ye pun nak mntk tlg aku watkan, sms la dulu.. inform aku dulu.. ye lar.. aku bukan 24Jam ada point & aku pun bukan 24Jam duk dpan bank jer!

Hamba ALLAH yang ni plak, main bank-in je duit.. kalau sekali dua die buat mcm ni, xpe lgi.. ni bleh kata selalu sngat!! Tu yg aku rasa mcm nak hangin semacam je.. kalau aku ada kat area bandar xpelar.. bleh je aku start motor jap, g bank uruskan.. mslahnye skrg, aku bukan kat area bandar!! aku kat Tg Malim nih..xde Maybank kat sini.. Aku cube bukak laptop n psang broadband aku kmdn cube online.. ada rezki, bleh gak aku beli ngn sesapa yg ada point waktu tuh.. Tp.. harapan tinggal harapan jer.. coverage slow giler.. aku nak bukak homepage yahoo pun sangkut2.. xlepas.. ni lagi la nak bukak Maybank2u, lgi la tnggal harapan! sbaw je lar..

Aku dah selalu sangat pesan kat downline2 MyMode aku, kalo korng nak mntk aku tlg topupkan point, bgtau awal.. Ye lar, aku sedia maklum mmg aku ni upline korng.. tp, kalo ye pun bgtau aku elok2 dulu.. bg aku maklum awal...kalo aku xleh nak tlg bleh je beli kat Tokei Prepaid4u.. bukannye xleh..

Aku dah pnah bgtau awal2 dulu pun kat Hamba ALLAH nih.. bukan bermaksud aku xnak bertanggungjawab..xlah.. sekadar pilihan lain jer.. Korng nak tau pe yg die ckap bile aku suh beli ngn tokei? die kate susah lar... xpcye lar... takut tokei wat lari duit lar.. hish! mcm2 prngai manusia nih(Hamba ALLAH ni lar.. x fham aku!)

Esoknya, aku dpat sms lgi drpd akak tuh..
"Ape ni dik..?! xdapat2 lgi point pun.. cepat la, URGENT nih!! Kawan akak nak beli Topup nih!!"

aku pun reply,

"Maaf kak, sy ada kat luar kwasan nih.. xdpat g bank lgi.. sy cube uruskan duit akak secepat mungkin yer.. minta maaf bnyk2 kak"

Dlam hati aku, xtau la nak gmbr mcm ne perasaan aku masa tuh...
mmg btul, tnggungjwab aku uruskan duit tuh.. Tp, dah cra akak tu xbrape kene.. nak wat mcm ner.. sbar je lah.. Tu lar, mcam aku ckap sblum nih.. die ingat aku ni robot ker? aku pun ada tanggungjwab lain gak.. tnggungjwab sbgai student.. aku uruskan payment dak2 ni pun (wat makluman, mmg rmai downline aku yg topup modal ngn aku jer..) skadar tuk mudahkan urusan diorg.. nak tolong, jdi niat aku nak tolong diorng.. kalo bleh, biar la diorg mudahkan gak kerja aku.. untuk diorg gak.. eh? fham x aku ckap pe nih?? hehehee...=p ye lar... aku topupkan korng pun, aku xmntk duit minyak aku pun.. dpat advanced lgi point drpd aku.. so, kalo bleh mntak tlg sgat.. mudahkan la keje aku..

Lastly, aku uruskan gak duit akak tuh.. aku balik ke KL smula isnin malam, selasa tu pagi2 lg ak terus g bank tuk topup modal MyMode akak tuh.. tu la, moral of the story kalo nak beli point.. bgtau le dulu yer.. korng gak susah nti kalo xbgtau awal2... ada fham??!! hohhhoooo...=D





Mai Uji Minda!!


R ead out loud the text inside the triangle below.
Photobucket
More than likely you said, 'A bird in the bush,'! and. .......
if this IS what YOU said, then you failed to see
that the word THE is repeated twice!
Sorry, look again.

Next, let's play with some words.
What do you see?
Photobucket
In black you can read the word GOOD, in white the word EVIL
(inside each black letter is a white letter). It's all very physiological too,
because it visualize the concept that good can't exist without evil
(or the absence of good is evil).
Now, what do you see?

Photobucket
You may not see it at first, but the white spaces read the word optical,
the blue landscape reads the word illusion. Look again!
Can you see why this painting is called an optical illusion?

What do you see here?
Photobucket
This one is quite tricky!
The word TEACH reflects as LEARN.

Last one.
What do you see?
Photobucket
You probably read the word ME in brown, but.......
when you look through ME you will see YOU!

Do you need to look again? Test Your Brain
This is really cool. The second one is amazing so please read all the way though.
Photobucket

Count every ' F ' in the following text:

FINISHED FILES ARE THE RE
SULT OF YEARS OF SCIENTI
FIC STUDY COMBINED WITH
THE EXPERIENCE OF YEARS...

SEE BELOW

HOW MANY ?
WRONG, THERE ARE 6 -- no joke.
READ IT AGAIN !
Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down.

The reasoning behind is further down.
The brain cannot process 'OF'..

Incredible or what? Go back and look again!!
Anyone who counts all 6 'F's' on the first go is a genius.



Three is normal, four is quite rare.

Aug 25, 2008

Jika Al-Quran Berbicara



Quraan

Waktu engkau masih kanak-kanak………….kau laksana kawan sejatiku.Dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang….Aku…….,kau junjung dan kau pelajari . Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari . Setelah selesai engkau menciumku mesra. Sekarang engkau telah dewasa…………..

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji……. Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan. Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa. Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan. kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu disurau….. Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu. Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia. Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi. Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu. sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu Mengasyikkan! .

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja. Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu. Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku……… E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan. Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu. Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk. Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah. Waktupun cepat berlalu………

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu. Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama. Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali. Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu.

Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membaca waktu kematian saudara taulanmu atau !
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba .Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya. Apakah TV, radio ,Astro , hiburan,komputer atau internet dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu .Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… Setiap saat berlalu… Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu……….. Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu .Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… Di kuburmu nanti….Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri. Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu . Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari. Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla ! Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali…

Baca dan pelajari lagi Aku…. Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat . Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil. Di surau kecil kampungmu yang damai. Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…. Dalam bisu dan sepi….

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Semoga bermanafaat dan mengingatkan kita kembali kepada kitab suci Al-Quraan. Bacalah…Bacalah….Bacalah….



Keburukan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa

Tengah aku dok usha2 webste2 kat internet nih, aku terjumpe plak posting mengenai bnda ni kat webste alang. Meh kite baca same2... dah baca bleh la tinggalkan komen yer...

-------------------------

Tajuk kali ni lain sikit. Selalunya saya tulis pasal kebaikan / kelebihan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Dan di blog-blog lain pun, mungkin pembaca semua baca tentang kebaikan jer, boleh dikatakan susah nak jumpa orang yang tulis pasal keburukan menjadi usahawan internet ni. Orang yang nampak keburukan usahawan internet ni, mungkin bukan dari kalangan usahawan internet atau orang yang cuba nak jadi usahawan internet tetapi gagal.

Tetapi kali ini saya nak mendedahkan keburukan menjadi usahawan internet sepenuh masa berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Susah Berurusan Dengan Pihak Bank

Atau lebih tepat lagi memohon pinjaman dengan bank. Ini adalah kali pertama saya memohon pinjaman semenjak jadi usahawan internet sepenuh masa. Barulah saya tahu betapa peritnya nak meyakinkan bank yang pendapatan yang kita perolehi adalah sah dan stabil. Walaupun saya menunjukkan 10 bulan penyata bank saya yang mana puratanya melebihi RM 10K, tetapi mereka masih tidak yakin. Apatah lagi apabila saya beritahu yang saya tidak menawarkan sebarang produk atau servis sebaliknya hanya menjual ruang iklan. Bagi mereka kalau dah bisnes mesti ada jual barang atau tawarkan perkhidmatan.

Tak Tahu Nak Cakap Kat Orang Kampung

Kalau dah pegawai bank pun sukar nak faham tentang bisnes internet, apatah lagi orang kampung. Setiap kali balik kampung mesti dapat soalan bertanyakan tentang kerja saya. Apabila saya cakap bisnes, diorang akan tanya bisnes apa, dan apabila saya cakap bisnes internet, masing-masing angguk buat-buat faham walaupun saya tahu semuanya tak faham. Ada juga yang tanya bisnes internet ni macam swisscash ker? Tak haram ker?

Berat Badan Naik

Ok jangan ketawa kalau saya mengatakan berat badan saya naik hampir 10kg selepas saya berhenti bekerja dan menjadi usahawan internet sepenuh masa pada tahun 2005. Puncanya kerana kerja yang dilakukan hanyalah duduk menghadap laptop jer. Walaupun otak penat tapi badan kurang bergerak. Ye la, takkan la nak usung laptop dan menaip sambil berlari pulak kan. Memang logik la kerja macam ni patut kena duduk dan cuma jari / tangan jer yang bergerak.

Dan lagi satu punca berat badan naik ialah bekerja di rumah, bila-bila masa rasa nak makan terus pergi dapur. Kalau kerja pejabat ada waktu makan tertentu, kat rumah asal boring jer makan.

Disiplin Diri

Rasanya masalah ni memang menghantui semua orang yang bekerja sendiri termasuklah usahawan internet. Menjadi bos sendiri memerlukan disiplin diri yang kuat untuk kita menyiapkan sesuatu kerja. Kalau kerja dengan orang, tak siap kerja kena marah. Kalau kerja sendiri siapa nak marah? Selain itu, kadang-kadang saya rasa tidak bermotivasi langsung untuk bekerja. Punca kurang motivasi ni mungkin disebabkan projek yang dibuat tidak menjadi, pendapatan makin merosot, kena kritik dan sebagainya. Ramai orang yang gagal untuk menjadi usahawan internet sepenuh yang berjaya adalah kerana masalah disiplin diri.

Kurang Bersosial

Satu-satunya cara kita bersosial adalah melalui email atau messenger. Kalau kerja di pejabat, masa kerja tu boleh jugak borak-borak dengan rakan sepejabat bila boring dan lepas kerja boleh minum-minum kat kedai mamak. Kadang-kadang bila sesekali pergi ke majlis tertentu, dah berbual dengan orang pun dah rasa kekok sebab dah lama tak berbual kecuali dengan keluarga dan jiran-jiran.

Menimbulkan Syak Wasangka

Kalau anda menjadi jiran saya, dan tak tahu yang saya ni buat bisnes dari rumah, apa tanggapan anda apabila setiap melihat isteri saya keluar bekerja, saya tinggal di rumah, hantar anak pergi sekolah, ambil anak dari sekolah, jemur kain, basuh pinggan, sapu halaman dan sebagainya. Dan yang peliknya, masih pula mampu hidup selesa.


Amacam? ada komen..?? hehee..kredit tuk saudara alang.. jmpe lgi di entry seterusnya!

Wasiat Adi-Menjelang Hari Raya

Salam.. hai.. apa khabar dan salam sejahtera buat semuaaa...

Lama aku x buat post bru.. maklumlah cuti... cuti aku nih sama ngn cuti skolah..
untuk posting kali nih, aku ambil (copy&paste jer..hehee..) drpd Wasiat Admin Prepaid4u
untuk perkongsian semua.. selamat membaca!

--------------------------------------

3 tahun yang lepas, saya sering cemas bila ketibaan bulan Ramadhan. Ye lah... Banyak belanja bulan Ramadhan ni terutama untuk persiapan Hari Raya. Itu belum campur dengan perbelanjaan untuk balik kampung lagi. Kain untuk baju melayu, untuk baju kurung isteri, baju anak-anak (sure nak 'sedondon' punya satu family). Belum kira bab upah untuk tukang jahit lagi. Harga dari tahun ke tahun makin naik je. Nak beli yang dah siap, lagi mahal. Ah! tahun ni sepasang je baju baru dah la. Raya kedua guna baju lama! Tak pun pakai T-shirt je raya kedua. Langsir? Sarung kusyen baru? Ah! Guna yang tahun sebelumnya jer la. Congak punya congak 2,3 ratus jugak kat situ...

Bulan puasa ni lagi di tahan nafsu makin menjadi-jadi pulak dia. Time bulan biasa reti pulak beli stock kat pasar basah untuk seminggu lepas tu masak sendiri. Tapi bila time puasa, perasaannya hari-hari nak gi ke pasar ramadhan beli ayam percik la, otak-otak la, tepung pelita la, murtabak la. Lauk yang masak dah sekian. Hilang kisah belanja 3-4 ratus sebulan untuk beli barang dapur, bulan puasa UP lagi extra RM300 untuk beli juadah berbuka. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ...

Stanby sikit duit untuk minyak dengan tol pergi balik kampung plus jalan-jalan rumah saudara. Mana yang balik ke utara, terasa macam nak bercinta je dengan perempuan jaga tol tu bagi dia lepaskan kita lalu secara percuma. Minyak dah la sekian. Dulu kalau balik, tuang full tank baru RM70. Skang full tank dah jadi RM120. Tu belum campur kos untuk beli 'minyak untuk jimat minyak lagi' (aku tak pernah percaya pada mender nih). Ada member kata leh campur minyak tanah, bagi jimat sikit tapi takut jahanam pulak enjin. Congak punya congak pergi balik 3,4 ratus jugak kat situ...

Stanby pula duit raya untuk adik-adik kat kampung (abang kerja KeyEl balik setahun sekali takkan la bagi RM5 jer abang?) So nak jaga standard punya pasal, gagahkan diri bagi kat adik-adik RM50 hengget sorang. 5 orang dah RM250 kat situ je. Nak hulur kat mak lagi? Takkan bagi kat mak RM50 jugak? Mesti kena 'UP' sket! Dah bagi kat mak, takkan takmo hulur kat abah pulak? Anak buah? Anak buah takper bagi RM5 jer sorang. Diorang kecik lagi. Congak punya congak 5,6 ratus jugak kat situ...

Mulalah draft atas kertas kira belanjawan. Isk! Pusing ikut mana pun Short jugak! Mujurnya gaji bulan ni bos bagi awal sempena menyambut raya katanya. So jarak dari gaji bulan lepas dalam 15 hari jer. Balance gaji lepas ada lagi, tambah pulak gaji bulan ni. Boleh la cover perbelanjaan hari raya. Dalam pada tu kita tak sedar yang lepas raya nanti terpaksa tunggu dekat 45 hari pulak untuk mendapatkan gaji bulan berikutnya. Duit dah habis dibelanjakan. Baru biru muka. Pampers anak pun kalau boleh recycle rasanya mau guna semula je untuk jimat belanja. Raya haji mulalah SMS kat bonda "Mak, tak dapat cuti... kena kerja". Padahal sebab takde budget dah nak balik...

Saya yakin, antara kita masih ada yang mengalami dilema seperti saya sebelum ini. Dan jika kini anda masih mempunyai dilemma yang sama, maka tibalah masanya untuk anda buat perniagaan MyMode ini dengan bersungguh-sungguh. Saya sering dihujani oleh soalan seperti:

"Okay ke MyMode ni?"
"Boleh buat duit ker?"
"Margin kecil macam ni, boleh untung ribu-ribu ke..?".

Untuk makluman semua, Saya fokus untuk buat MyMode selama 8 bulan untuk mendapatkan bonus di atas angka Rm1000 saya yang pertama. Pada bulan ke-9 bonus saya menjadi RM4,650.82. Bulan ke-10 meningkat kepada RM8,401.19. Rupanya di tahap ini dalam masa sebulan pun peningkatan bonus boleh jadi se-drastik ini. Berbaloi rasanya usaha saya 7,8 bulan sebelumnya. Bulan berikutnya naik lagi kepada RM12,101.67 sebulan. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan pada March 2007 apabila incentive bulanan saya dalam MyMode melebihi angka RM20,000 sebulan. Kini telah setahun setengah saya menampung keluarga saya sepenuhnya dengan hasil perniagaan ini. Dan kini terasa 'sangat excited' untuk menyambut Ramadhan, untuk pulang beraya dikampung dan sebagainya.
Saya bertanya kepada diri saya.

a.Sekiranya dulu aku berkerja bersunggu-sungguh dengan tekun dan penuh dedikasi 8-9 jam sehari selama setahun tanpa pernah mintak cuti dengan bos, Adakah gaji aku akan dinaikkan oleh majikan dari Rm2500 sebulan kepada RM5000 sebulan? Jangan kata RM5000... Naik Rm500 dari gaji pokok asal pun dah bertuah sangat rasanya. 4 Tahun saya kerja, bonus tahunan baru sebulan gaji (dalam RM1800 ke RM2500 SETAHUN! Itupun dibayar 2 kali dan bukannya sekali gus.)

b.Kalau selepas 10 tahun aku bekerja bersungguh-sungguh, lepas tu aku berhenti kerja, adakah majikan aku akan terus membayar gaji aku atas jasa yang pernah aku taburkan sebelum ini? Mimpilah!Katakan aku kerja sampai satu tahap aku naik ke pangkat Ketua Penolong Pengarah atau Timbalan Pengarah dengan gaji sekitar RM5000 ke RM8000 sebulan, kalau aku meninggal ker.. sakit ker.. boleh tak aku nak wariskan jawatan pekerjaan tu kepada anak aku? So dia boleh ambik alih aku punya spot?

c.Aku cuma buat Mymode secara sambilan 2,3 jam sehari mengadap komputer untuk recruit agent baru dan kembangkan rangkaian. Baru 9 bulan side income aku ini dah jadi 2 kali ganda gaji aku sendiri. Kalau aku buat 8jam sehari sama macam aku kerja agaknya berapa pulak aku boleh dapat?

d.Aku buat MyMode walaupun susah nak berjaya, tapi bila aku buat sungguh-sungguh, dalam masa setahun income aku dah sama dengan gaji level Pengarah Urusan. Tapi kalau aku kerja bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap Pengarah Urusan 20 tahun berkhidmat dengan penuh dedikasi pun belum tentu lagi. Jadi yang mana sebenarnya lebih susah?

e.Kawan-kawan aku selalu kata buat MLM ni risiko tinggi sebab tiada pendapatan tetap. Tapi aku buat MyMode sampai pangkat 5StarCM, aku bagi simcard tu dekat anak aku. Automatik anak aku skang ada income 5StarCM. Sambil-sambil tuh aku develop lagi satu account untuk jadikan 5StarCM jugak. Kalau jadi apa-apa kat aku, income dari 'simcard' tuh tetap berjalan macam biasa. Sedangkan pekerjaan aku sekarang ni, langsung tiada jaminan. Anytime boleh kena buang kerja. Kalau aku sakit, MC, gaji tak jalan jugak, Anak aku tetap tak boleh nak mewarisi pendapatan aku. Jadi yang mana sebenarnya lebih berisiko?

f.Orang kata kat aku, "Ko ingat senang ke nak berjaya dalam MyMode? Kena kerja keras tau nak cari downline!". Aku pikir balik. Apa pekerjaan aku yang memaksa aku bangun bagi, balik petang, ulang alik dari rumah ke pejabat, kerja 8 jam sehari tak boleh relek sikit kena warning dengan boss ini bukan kerja keras ke? Wal hal aku buat mymode ikut suka aku jer. Nak bangun pukul 2 petang pun tiada siapa nak larang. Bila boring mengadap komputer, aku masuk bilik layan Astro. Habis tu, yang mana satu yang kerja keras nya?

Dari 7 persoalan yang saya ketengahkan ini, sekiranya terdetik dalam hati dan fikiran anda menyatakan "YA" maka usahalah untuk menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan ini. Sebagai 'employee' yang makan gaji di tempat kerja anda sekarang, tak semua usaha anda terbalas. Tiada jaminan untuk setiap ketekunan dan kerja keras anda itu akan dibalas dengan kenaikan gaji atau pangkat. Malah ada kisah si A yang rajin buat kerja, si B pula yang kena promote naik pangkat. Tetapi dalam MyMode setiap usaha yang anda lakukan pasti akan ada ganjaran.

Jika di tempat kerja anda mati hidup balik pun belum tentu gaji anda boleh menyamai boss atau melebihi gaji boss anda, Tapi dalam MyMode anytime anda boleh menyamai dan melebihi bonus insentif upline anda sendiri. Jika di tempat kerja anda mungkin perlu kipas boss, politik sket sana sini untuk memastikan kejayaan anda, dalam MyMode sesiapa saja yang berusaha pasti ada ganjaran yang setimpal dengan usaha anda.
Saya cabar anda semua untuk mengubah nasib masing-masing bermula detik ini :)

Kepada sesiapa yang:

Dah lupa PIN Mymode - Call Agent Interaction Center (AIC) MyMode ditalian 03-42702703 (waktu pejabat) untuk mendapatkannya semula.

Dah lama tak aktif tapi baru bercadang nak aktif semula - Call Agent Interaction Center (AIC) MyMode ditalian 03-42702703 (waktu pejabat) untuk mendapatkannya mengaktifkan semula akaun MyMode anda sekiranya ianya telah dibekukan akibat tiada sebarang uruasniaga dalam tempoh 6 bulan berturut-turut.

Dah guna no HP lain - Anda sebenarnya tak perlu register nombor baru. Hanya perlu tukarkan keahlian dari no HP lama tu kepada no HP baru yang anda gunakan sekarang. Sila rujuk cara-caranya di sini.

Bagi korang baru nak join klik SINI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...