Apr 28, 2011

Cakap ke Langit, Harap jadi Hujan turun pada Diri Sendiri!


Untuk bangun setelah jatuh daripada tempat yang tinggi merupakan suatu perkara yang sukar.

Namun, ia bukan suatu yang mustahil.

(Terbang setinggi Helang, ada ketika ketanah jua ia!)

Kita sebagai Hamba ada DIA.
Tempat bergantung harap dan meminta pertolongan.
Maka berdoalah.
TAMBAH AMAL.

Takkan diuji seseorang itu dengan ujian yang diluar kemampuan hamba itu untuk hadapinya.
Jadikan ujian daripadaNya sebagai Tiket untuk kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA.

"....Boleh jadi apa-apa yang kamu suka itu buruk bagi diri kamu, dan boleh jadi apa-apa yang kamu benci itu adalah baik bagi diri kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui"

(Al-Baqarah:216)

P/s: Bercakap buat diri aku sendiri. Moga-moga sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan boleh menerima teguran daripada orang lain dengan berlapang dada!

Jangan Bersedih kerana Kesedihan Anda membuat MUSUH Anda GEMBIRA

Assalamualaikum
Salam Manis dari saya buat semua pembaca belog ini. Saya diberi peluang untuk mencoret di sini. Mungkin coretan saya kurang berisi,saya sekadar berkongsi cerita dan menyebarkan senyuman buat semua..

Memetik kata-kata dari kitab La Tahzan:
Tersenyum kerana kenyataan-kenyataan pahit, bersabar atas segala musibah, dan tabah menghadapi semua ujian hanya akan membuat kecut hati orang-orang yang senang melihat penderitaan orang lain dan meredakan kemarahan di hati orang-orang yang mendengki.
Senyum walau disindir?
Senyum walau diuji dengan perpisahan dengan kekasih?
Masih tersenyum saat kekasih bersanding di atas pelamin nan indah??

Haha...apehal pulak semua tentang kekasih nih? Sebenarnya, saya tengah menahan rasa...banyak-banyak bersabar dengan karenah seseorang. Sungguh sangat teruji tahap kesabaran saya, namun saya masih senyum...sengih... tertawa saat 'beliau' menyindir..menyakat..erm,mungkin juga beliau sedang menguji/menduga hati saya...

Sungguh, rasa bengkek je...Tapi, sebagai perempuan yang sudah menginjak dewasa, saya belajar untuk kool saat diuji dengan permainan perasaan ini. Kalau saya terus lemah...terus mengamuk...terus menangis...sudah pasti 'beliau' makin sakan mengenakan saya...

Yeah..saya sangat comel sewaktu menangis :)

Mungkin 'beliau' boleh diibaratkan sebagai MUSUH kerana 'beliau' tahu kelemahan saya yang suka/mudah mengalirkan air mata.

Namun,manusia boleh berubah dan saya sentiasa berusaha untuk berubah sedikit demi sedikit dan saya juga TAKKAN biarkan MUSUH saya GEMBIRA melihat saya bersedih...

Wahai kawan-kawan yang sedang bersedih kerana seseorang yang melukai hati kalian atau mungkin kerana masih belum berjaya menerima takdir Allah, usahlah bersedih dan belajarlah untuk redha...

Tangisan yang berkualiti
  • Air mata TAUBAT
  • Tangisan sewaktu BERMUNAJAT : memohon keampunan daripada ALLAH
  • Menangis mengenang Pengorbanan RASULULLAH
  • Menangis tanda SYUKUR/Redha 
  • Menangis Kerana BAHAGIA
THE WORLD STOP FOR A WHILE  WHEN WOMEN CRY

Apr 27, 2011

Senyuman lestari

Senyummu kugantung di langit
bersinar bersama kerlipnya bintang.

Senyummu kutambat di tiang setia kita
dengan tali-temali cinta
bagai manis janji kita berdua.

Senyummu ingin kucuri
dan kusimpan cermat dalam peti hati
lantas, kupatahkan kuncinya –
agar senyummu hanya jadi milikku.

Kota Tinggi, Johor.


(Tunas Cipta, Mac 2011)

P/s: Bangi hujan lebat subuh ini

Apr 25, 2011

Jiwa hamba, Kita manusia



Kadang-kadang kita cuba untuk puaskan hati semua orang - Terutama orang yang paling kita sayang.

Tapi, percayalah. Takkan boleh.

Dan apabila saya terpandang pada panji kesetiaan yang dikibarkan setengah tiang itu.
Saya tau ada perkara yang telah mati.

Mari berubah ke arah lebih baik, dan harapan saya buat kamu jua begitu; wahai kesayangan saya.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat. Sabarlah, senyum dan hapuskan air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai kembara kehidupan yang akan menemui rahsia disebalik titian kehidupan yang kau jalani.

P/s: Telan dan senyum sahajalah. Jiwa hamba, perlu redha!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...