Jan 1, 2011

Ranking pasukan bola sepak Malaysia


Mengikut FIFA, ranking bola sepak bagi pasukan Malaysia terbaru adalah nombor 144 pada bulan Disember iaitu naik 6 anak tangga. Bagaimanapun, ranking ini adalah sehingga 15 Disember 2010 dan ianya tidak mengambil kira Malaysia menjadi pemenang Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini. Next update ialah dalam pertengahan bulan Januari 2011.

Lain-lain negara adalah:
  • Indonesia (127)

  • Vietnam (137)

  • Singapura (140)

  • Hong Kong (146)
Nota: Rekod terbaik Malaysia adalah pada Ogos 1993 (75) dan terburuk pada April 2008 (170). Rasanya kalau Malaysia terus perform, tak mustahil dapat below 100.

Bagi top ranking dalam dunia adalah:
  1. Sepanyol
  2. Belanda
  3. Jerman
  4. Brazil
  5. Argentina
  6. England
  7. Uruguay
  8. Portugal
  9. Egypt
  10. Crotia
Saya melihat jika prestasi pasukan bola sepak negara kita terus konsisten, tidak mustahil bagi pasukan Malaysia untuk berada di kelompok 100 pasukan terbaik dunia. Terima kasih buat K. Rajagopal, terima kasih buat Khairul Fahmi Che Mat, terima kasih buat Safee Sali. Terima kasih semua!

P/s: Masih berasa gembira dengan kemenangan skuad kita merangkul Piala AFF tempoh hari!^_^

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

Ahsfantasy24.com ingin menjejaki blogger baru, khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah walau dah bertahun, tapi kadang-kadang tetap baru kan bila tak ramai yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang punya follower yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding mereka, berusahalah.

Sebagai penutup 2010 ni, saya berhasrat nak himpunkan blogger yang mempunyai follower yang kurang daripada 300 orang follower. Saya telah membina page untuk diisikan oleh blogger baru yang bertujuan bagi menaikkan trafik dan meningkatkan follower mereka. Mahu sertai? Ikuti syarat yang berikut:
  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang; settle
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini; settle
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen; settle
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi; settle
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda; settle
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong. err..sombong tu macam mana? saya tak kan?;)
3 orang yang 'bertuah' diTag oleh saya ialah..Bro Fakhrul, CikRed, CikPelangi, KakHestyrezyuda, dan cetusanhati

Blogger peramah Ahsfantasy24.Com!

Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalamlist blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini >http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (:

P/s: Saya terlewat.. maaf cik Ryu T_T.. tapi saya tetap nak buat entry ni gak..takpe lah kan? ^^,

Entri pengubat rindu!

Alhamdulillah, petang tadi saya sudah selamat sampai di Bangi..
Mulakan perjalanan dari Johor jam 11pagi tadi.. berhenti solat Jumaat di Air Keroh Melaka pada jam 1.30 tengahari..melanjutkan perjalanan hingga selamat sampai dalam jam 3.45 petang tadi..
Agak lama tidak rider jauh, terasa sengal-sengal jua badan ni..

Cuti semester sudah hampir ke penghujunganya..
Isnin depan kuliah sudah bermula..berdebar rasa.. tanpa alasan, mental fizikal perlu disiapkan dan disiagakan dengan segera..Tambahan pula pada semester ini saya akan berpraktikum selama 3 bulan di Sk Sri Serdang..Oh takutnya!

Uh..Maaf hampir seminggu blog ni off..Tanpa entri baru..
Ada 'sesuatu' berlaku yang membuatkan saya menghilangka
n diri seketika daripada dunia online.. Rasa down..sangat-sangat down. Serius!
Namun, saya sedar..sebagai manusia hakikinya kita memang tak boleh lari daripada perasaan ini..Orang selalu mencari jalan untuk 'tidak menyentuh langsung kelemahan'..Dan saya tetap sedar bahawa manusia itu memang penuh dengan kealpaan..tiada yang sempurna..

Jadi, apa yang saya lakukan?
Mengasingkan diri, berfikir dan muhasabah diri untuk kesilapan atas kealpaan diri..
Tulah orang kata.. bila marah, macam-macam boleh jadi kan?
Tapi, walau apa pun..ambil yang jernih buang yang keruh la kan? Setiap yang berlaku ada hikmah untuk kita jadikan pengajaran menghadapi hari seterusnya..
Marah tak bermakna benci..boleh jadi ia tanda sayang dan cinta sepenuh hati kan?

Entri buat pengubat rindu jemari yang sudah lama tidak menari disini.


P/s: Selamat tahun baru 2010 buat semua. Dan teristimewa buat kamu.
P/s: Dah mula pasang azam baru ke? Apa azam baru kalian? ^^,






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...