Dec 21, 2010

PNB isytihar dividen ASB 7.50 sen, bonus 1.25 senw

KUALA LUMPUR: Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2007, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lalu.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lalu.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.
Sehingga Jumaat lalu, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion.

"Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen itu di sini.

Sementara itu, baki pendapatan 8.0 peratus atau RM0.53 bilion diperolehi daripada pelaburan di dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perolehan ASB tahun ini disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutama Malayan Banking Bhd (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding 8.0 sen tahun sebelumnya.
Sumbangan dividen daripada Sime Darby Bhd pula menyusut kepada 10 sen daripada 20.3 sen pada 2009.

"Dari segi pendapatan tahun lepas, dividen adalah kurang daripada 50 peratus, tetapi tahun ini kita dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat yang kita labur.

"Prestasi tahun ini agak bernasib baik walau pun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi kita mendapat dividen yang tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih," katanya.

Ditanya mengenai prestasi Sime Darby yang kini menyusut, Hamad Kama Piah berkata, "Kita sentiasa mengharapkan prestasi syarikat-syarikat kita akan bertambah baik. Kalau kita lihat prestasi Sime Darby sendiri mereka telah menganggarkan keadaan akan lebih baik pada masa hadapan dan kita harapkan ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lebih baik." - BERNAMA


Sumber: BeritaHarian


P/s: Saya sedang membuat kira-kira untuk membuat loan easy RHB. Ada yang dah buat? Lepas 5 tahun, terminate lah..hee~ *2012 dah mula masuk kerja rasa lega sikit dah ada gaji sendiri.

Dec 20, 2010

Tahniah buat pemenang CONTEST!

Assalamualaikum semua... Apa khabar? Wes mangan? ^_^

Pertama sekali.. Ribuan maaf saya hulurkan atas kelewatan update keputusan contest yang dianjurkan oleh cetusan-student baru-baru ni.. hukhukhuk...T_T

Ini disebabkan saya agak sibuk 2 3 hari ni.. dapat online sekejap-sekejap je..Berada di Terengganu, Kelantan, dan Pahang (sentiasa bergerak) sepanjang Jumaat hingga Isnin membuat saya kepadatan masa untuk sentiasa online..dengan masalah liputan internet yang agak kurang memuaskan membuat keadaan menjadi kurang selesa buat saya membuat entry baru mengenai keputusan contest tempoh hari..

Harap kesilapan saya ni dimaafi.. T_T

.

Okey..jom kita pergi kepada keputusan contest arituh!
Seperti yang dimaklumkan ada 3 pemenang yang dipilih.. dan pemenang bertuah yang terpilih tu adalah;

jeng3.... :)

Tahniah saya ucapkan... dan kat sini saya nak pastekan jawapan daripada CeriaWarnaPelangi yang saya kira boleh dikategorikan sebagai jawapan terbaik!

..

SOALAN





Ada sebuah masaelah.

Ali ingin membeli sepasang kasut yang harganya RM97.00

Ali tiada duit lalu dia meminjam daripada maknya sebanyak RM50 dan daripada kakaknya pula sebanyak RM50.

Seterusnya, dia pergi ke kedai dan membeli kasut tersebut. Baki RM3 diberikan kepada maknya RM1, kakaknya RM1 dan dia menyimpan lagi RM1.

Lalu dia mengira hutang kepada maknya tinggal lagi RM49 dan kepada kakaknya juga RM49. Setelah dicampur RM49+RM49+RM1 = RM99..Bukan RM100.

Soalannya disini, kemana menghilangnya RM1 lagi. Sampai sekarang Ali masih pening dan biol untuk memikirkan masaelah dia ni.. Ada sesapa yang sudi bantu Ali?




JAWAPAN


Setelah pulang ke rumah selepas membeli kasut.

Ali : Akak duit Ali hilang RM1.

Kakak : Hilang? Macam mana boleh hilang?

Ali :Sebelum beli kasut yang berharga RM97 kat kedai tadi,Ali kan pinjam duit akak RM50 dan duit emak RM50 kan.Lepas tu baki duit tinggal RM3.

Kakak : ye..lepas tu kan Ali pulangkan RM 1 kat akak dan lagi RM 1 kat emak. Apa masalahnya?

Ali : Tulah masalahnya kak. Sepatutnya hutang yang perlu Ali bayar pada akak RM49 dan emak RM49. Bila campurkan RM49 + RM49 + RM1 jadi RM99. Mana lagi RM1 kak?

kakak : Eh..a'ah la lagi RM1 hilang..macam tak logik pula,tiba-tiba RM1 boleh hilang..tapi kan Ali, kenapa Ali campurkan jumlah hutang Ali pada mak dan akak dengan duit yang ada pada Ali?
Ali : Sebab nak jumlahkan semua duit la..nak tau duit asal ada berapa ringgit.

Kakak : Tak boleh macam tu la..tak boleh campurkan hutang yang tinggal dengan duit yang ada pada Ali.

Ali : Kenapa pulak tak boleh?

Kakak : Pergi ambik pen dan kertas. Senang sikit akak nak terangkan.

Emak : Apa yang kecoh-kecoh ni?

Kakak : Ali ni mak, dia kata duit dia hilang RM1. Padahal tak hilang pun.

Ali : Eleh..ntah-ntah akak yang curi tak RM1 tu..

Kakak : Mana ada! suka hati je tuduh-tuduh.. kamu tu, kata dapat markah matematik paling tinggi dalam kelas, benda senang macam ni pun tak boleh jawab. Mana kertas dan pen yang akak minta tadi?

Ali : Ni dia..

Emak : Dah jangan gaduh-gaduh..kalau tak ada orang ambil duit tu, tak hilang la duit tu..

Kakak : Ni bukan masalah orang curi ke tak duit Ali ni..ni masalah Ali salah mengira.(Sambil menulis atas kertas)

situasi sebelum pulang RM1 pada emak dan kakak.

1)wang yang dipinjam = harga kasut + baki = RM 100 = RM97 + RM3

2)jumlah yang kamu kena bayar = jumlah wang yang kamu pinjam = RM 50 + RM50 = RM100

situasi selepas kamu pulangkan RM1 pada kakak dan emak

1)maka jumlah yang kamu perlu bayar lagi = RM49 + RM49 = RM 98

kamu hanya perlu bayar RM 98 sahaja sebab kamu sudah pulangkan RM2 pada kami.

Masalah wang hilang tak berlaku pun Ali. Kamu tak boleh campurkan wang RM1 yang tinggal pada kamu dengan RM 98 duit yang perlu kamu bayar semula pada kami sebab kedua-dua duit ni berada dalam kategori yang berlainan.

RM1 = termasuk dalam wang kamu pinjam tapi belum bayar
RM98 = wang yang akan dibayar.

harga kasut = juga termasuk dalam wang yang dipinjam dan belum bayar = RM97
jumlah keseluruhan yang kamu pinjam dan belum bayar = baki duit RM1 + harga kasut RM97

hutang pada mak dan akak yang belum dibayar = baki duit pada Ali + harga kasut
RM49 + RM49 = RM98 = RM1 + RM97

dan

jumlah wang yang Ali pinjam = hutang yang belum bayar + hutang yang dah bayar
RM100 = RM98 + RM2

Emak : Ali, masalah ni kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita. Yang pertama, kita kena tahu apa tujuan kita untuk capai sesuatu dan kena jelas.

Ali : Macam mana tu mak?

Emak : Contohnya kalau ada seorang budak perempuan nak berubah jadi baik. Maka dia kena tahulah bagaimana cara-cara nak jadi baik. Mungkin sebelum ni dia tak pakai tudung dan sekarang dia sudah berubah kearah yang lebih baik dengan memakai tudung ketika keluar rumah. Tapi dia masih memakai baju lengan pendek. Mungkin pada asalnya budak perempuan ni tak jelas kenapa perlu memakai tudung untuk menjadi baik. Mungkin dia tak tahu sepatutnya dia perlu menutup aurat dengan mengenakan tudung di kepala dan memakai baju lengan panjang. Kita tak boleh campur-adukkan perkara baik dan buruk sekali gus.Penyelesaian tak akan berlaku.

kakak : Betul,betul,betul. Memang masalah tak akan selesai.Makin pening memikirkannya adalah.

Ali : Betul juga ek..misallah kata kalau harga kasut tu RM95, baki duit tinggal RM5. Lepas tu Ali pulangkan pada akak RM2 dan pada mak RM2. Yang tinggal pada Ali RM 1. Hutang yang tinggal pada akak dan emak RM48 setiap seorang. Setelah dicampur RM48 + RM48 +RM 1 = RM97. Mana lagi RM3? Duit tu tak hilang pun..cuma tersalah campur je..hehe..Terima kasih mak,akak..

Kakak : Tu la, lain kali fikir betul-betul dulu sebelum buat sesuatu.

Ali : Baik, kak.


P/s: Lepas ni saya nak buat GiveAway pula... ^^,

Dec 17, 2010

Cawan, Kolam, dan Garam

Bismillah..
Assalamualaikum.. Selamat Hari Jumaat buat semua..

Apa khabar? Harap semua sihat-sihat hendaknya.. (^_^)

kalau tak sihat, cepat-cepat cari penawarnya.. jangan biarkan kesakitan berterusan menguasai hidup anda.. (^^,)


Untuk renungan dan muhasabah diri, saya ingin kongsikan kisah Cawan, Kolam, dan Garam. Yang baik kita jadikan tauladan, yang tidak berapa baik kita jadikan sempadan.




"Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..?" lelaki muda itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan.


Fikirnya, Tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.


Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua.


Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa kelihatan tenang. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia. Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.


Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu dia mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.


"Anak muda," lelaki tua itu bersuara.


"Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam," ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut.


Cawan diambil, air diisi dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.


"Sekarang kamu minumlah air tersebut," dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.


" Apa rasanya?" tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.


" Masin!"

Lelaki tua itu tersenyum lagi.


"Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu. Kemudian kamu hiruplah airnya."


Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.


"Apa rasanya, wahai anak muda?" soal lelaki tua itu.

"Tawar, tidak masin seperti tadi," lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.


"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng.


Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

"Anakku, beginilah perumpamaan bagi diri kita dan masalah. Garam itu umpama masalah.


Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita."


"Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita."


"Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri."


Maka, pada petang itu lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada.



P/s: Rasa hati dah berubah jadi besar tak lepas baca kisah nii?

Dec 16, 2010

Usha AHB

Baru balik dari Bank Harimau. Urusan yang dah lama tertangguh disebabkan sibuk (poyo! buat-buat sibuk jew sebenarnya!), hujan, dan bermacam urusan lain yang menjadi halangan untuk saya pergi ke sana.



Niat dihati, mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Amanah Hartanah Berhad (AHB) yang dilancarkan oleh Pak Menteri pada awal bulan ni.

Masuk sahaja ke dalam Maybank, dibawa berjumpa dengan seorang Pegawai. Disambut dengan senyuman mesra. Beliau menerangkan kepada saya secara asas perbezaan ASB dan AHB. Saya mendengar dan cuba meneliti setiap butiran yang diperkatakan.

Secara ringkasnya, dikatakan konsep AHB dan ASB lebih kurang sama namun masih ada perbezaan antara keduanya (harga jualan dan belian pada nilai RM1) dan perbezaan yang paling besar adalah AHB berkaitan Property manakala ASB berkaitan Equity. Minima untuk belian seunit ASB adalah RM1, bagi AHB pula adalah RM500. Dividen ASB adalah setahun sekali, manakala bagi AHB pula 2 kali setahun.. Dan ada lagi beberapa perbezaan yang saya tak berapa arif dan faham untuk dikongsikan kepada anda.. Tambahan pula, saya tidak mendapat salinan (hardcopy) perbezaan antara ASB dan AHB (diambil semula setelah diterangkan kepada saya..huu..)

Namun, apapun... pastinya perkara yang paling menenangkan saya ialah beliau mengatakan bahawa AHB ini adalah patuh syariah sepenuhnya.

Selesai sesi soal jawab mengenai AHB daripada saya, diberikan ini;
  1. CD Prospektus AHB
  2. Nota ringkas AHB (maklumat dana)
Hari ni baru usha-usha.. Mahu fahamkan dulu apa itu AHB..Tak faham nak tanya lagi sampai faham..Kalau rasa berkenan, minggu depan mahu buat belian minima untuk dana ini. Kenapa saya bersusah payah untuk buat semua ni? Sebab selalu teringat nasihat daripada Pakdi. Pakdi kata.. Rancanglah Wang dari Sekarang.. jangan biarkan ia ditelan inflasi!



P/s: Merancang dari bujang. Dah ada pasangan rancanglah dengan pasangan. Enggang terbang sama enggang, Pipit terbang sama pipit, pasangan jangan ditinggalkan dibelakang.


Tingkatkan Trafik Blog Dengan Sistem Autopost Entry Terbaru Di Malaysia Blogger United !

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia ! Oyeah~ Korang sihat? Mestilah sihat kan. Pengumuman ini khas ditujukan kepada Semua Blogger2 yang berminat supaya blognya di 'RSS' kan di Fanpage Malaysia Blogger United. Dalam erti kata lain, selepas korang siap menerbitkan (publish) entry di blog korang, automatic entry tersebut akan di post/ping kan di Fanpage ini. Yeah! Kini anda boleh melakukannya secara percuma ! Korang hanya perlu meletakkan banner yang telah disediakan ke dalam blog korang dan yang penting backlink ke Fanpage Malaysia Blogger United.

Kode Yang Perlu Diletakkan



Hanya letakkan kod ini (klik pada link untuk dapatkan kod) dan informkan kepada Admin Fanpage tersebut melalui komen pada nota "Nak tak blog korang di RSS kan (auto post/ping) di Fanpage Malaysia Blogger United?" bahawa korang sudah letakkan banner tersebut. Admin Malaysia Blogger United tersebut akan memasukkan RSS blog korang ke RSS Fanpage supaya entry korang akan automatik dipost/ping ke Malaysia Blogger United . Ini adalah salah satu langkah yang dilakukan untuk menolong korang semua dalam menaikkan trafik pada blog korang. huh ! Cubelah, Saya pun dah try. Memang Puas Hatilah !
MySpaceMySpaceMySpace

Kalau korang rajin dan sangat baik hati plus pemurah dan penyayang, bolehlah korang sebarkan tentang pemberitahuan ini kepada Blogger yang lain, contohnye buat entry ke (yang ni terbaek), bagitahu melalui chatting ke, ataupun hanya share nota ini ke profile anda. Segala kerjasama korang amat dihargai. Terima Kasih (^_^)



p/s : Help Us To Grow ! Suggest blogger lain untuk LIKE fanpage Malaysia Blogger United ni... Kite sama2 upkan trafik blog dengan Sistem Autopost Entry Terbaru. Lagi ramai join, Lagi tinggi trafik korang dapat. Hehee~ Majulah Blog untuk Negara ! ^^,

p/s/s : Jap2 ! Saya nak promote saya punyer Fanpage juga. Cetusan-Student ! Hohohoo..~



Dec 15, 2010

Ketibaan yang dinanti..

Esok kita akan 'bertemu' dengan 10 Muharam iaitu Hari Asyura. Sekejap je masa berlalu kan? Rasa macam baru semalam je kita meraikan kedatangan tahun baru hijrah kan?.. tup-tup dah 10 Muharam pun.. Buat makluman semua (termasuk diri saya sendiri terutamanya) bulan Muharam merupakan bulan yang paling banyak bilangan hari Nabi berpuasa selepas Ramadhan. Dengan kata lain, kita disunatkan untuk memperbanyakkan berpuasa di bulan ni.. So, jom puasa esok yuk sempena 10 Muharam!

Disini saya sampaikan sekali persoalan-persoalan biasa tentang 10 Muharam @ Hari Asyura siap dengan jawapan sekali. Moga datangkan manfaat buat semua.

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.

* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*

* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Ada. Sila klik sini.

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lamn para ulamak.

12. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."

Wallahu A'lam

Sumber asal: Iluvislam


P/s: Berpesan-pesanlah kearah kebenaran dengan penuh kesabaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...