Biodata

Senang dengan panggilan Syuk ataupun SyukJohor. Namun di forum Komuniti lebih suka menggunakan nickname Student. Forum yang paling digemari adalah CariGold.

Dilahirkan pada 16Mac di Kota Tinggi, Johor. Merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik.

Mendapat pendidikan awal di SK Laksamana, dan SK Kota Jaya. Seterusnya menyambung pendidikan di SMA Kota Tinggi dan SMKA Bandar Penawar. Kini, masih menuntut di IPG Kampus Pendidikan Islam dan akan menamatkan pengajian pada 2011.

Suka berkawan, tidak memilih kawan, selesa berkawan dengan sesiapa sahaja..

Sangat meminati subjek Matematik dan perkara yang berkaitan dengan pengiraan. Minat muzik dan menyukai lagu dan muzik yang menenangkan.

Mula menulis blog sejak Ogos 2008 sebagai tempat untuk mengisi masa lapang, mengutarakan pandangan, meluaskan jaringan persahabatan, dan melepaskan tekanan. Suka menulis bidang berkaitan keagamaan, isu semasa, dan perihal kewangan.

Salam persahabatan daripada saya buat semua.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...