Showing posts with label :.Semasa:.. Show all posts
Showing posts with label :.Semasa:.. Show all posts

Dec 21, 2010

PNB isytihar dividen ASB 7.50 sen, bonus 1.25 senw

KUALA LUMPUR: Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2007, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lalu.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lalu.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.
Sehingga Jumaat lalu, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion.

"Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen itu di sini.

Sementara itu, baki pendapatan 8.0 peratus atau RM0.53 bilion diperolehi daripada pelaburan di dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perolehan ASB tahun ini disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutama Malayan Banking Bhd (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding 8.0 sen tahun sebelumnya.
Sumbangan dividen daripada Sime Darby Bhd pula menyusut kepada 10 sen daripada 20.3 sen pada 2009.

"Dari segi pendapatan tahun lepas, dividen adalah kurang daripada 50 peratus, tetapi tahun ini kita dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat yang kita labur.

"Prestasi tahun ini agak bernasib baik walau pun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi kita mendapat dividen yang tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih," katanya.

Ditanya mengenai prestasi Sime Darby yang kini menyusut, Hamad Kama Piah berkata, "Kita sentiasa mengharapkan prestasi syarikat-syarikat kita akan bertambah baik. Kalau kita lihat prestasi Sime Darby sendiri mereka telah menganggarkan keadaan akan lebih baik pada masa hadapan dan kita harapkan ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lebih baik." - BERNAMA


Sumber: BeritaHarian


P/s: Saya sedang membuat kira-kira untuk membuat loan easy RHB. Ada yang dah buat? Lepas 5 tahun, terminate lah..hee~ *2012 dah mula masuk kerja rasa lega sikit dah ada gaji sendiri.

Dec 15, 2010

[Bolasepak AFF Suzuki Cup 2010] Malaysia vs Vietnam Semi Final

Alhamdulillah.

Tahniah diucapkan buat pasukan bolasepak Malaysia untuk kemenangan ke atas Vietnam bagi separuh akhir pertama Piala Suzuki yang baru je tamat tadi..

Saya menonton kat kedai mamak je bersama dengan adik. Sambil borak-borak dengan dia. Walau permainan daripada pasukan kita bagi saya hanya 'so-so' namun yang penting kita menang. Yeah! Moga Piala AFF ni jadi milik Negara kita untuk kali ni... Ameen.

Lagi berita;


KUALA LUMPUR 15 Dis – Penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol ketika skuad negara menundukkan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Gol-gol tersebut dijaringkan pada babak kedua perlawanan, sekali gus mencerahkan peluang anak buah K. Rajagobal untuk melangkah ke peringakt akhir kejohanan tersebut.

Malaysia dan Vietnam akan bertemu lagi pada separuh akhir kedua yang akan dilangsungkan di Hanoi, Sabtu ini

Sumber: Utusan


P/s: Pantang mengalah sebelum berjuang! (^_^)

Dec 12, 2010

Nikah Gadis Maghribi

Sukar mencari pasangan hidup namun anda memang sangat-sangat kepingin untuk berkahwin?;)

Anda ada RM14 Ribu? Mahukan isteri yang cantik dan menawan? Taat pada agama, mudah dididik, dan belum terpengaruh dengan kehidupan 'sosial'?

Buat lelaki-lelaki diluar sana.. apa kata anda minta tips daripada saudara Mohd Fairudz cara-cara mengurat gadis Maghribi yang manis dan menawan nih..hoo



KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.

Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.


“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

Sumber asal; Hmetro.

P/s: Gadis melayu ada rasa tergugat ke? ^^,

P/s/s: Hati saya tetap pada gadis melayu...namun, apa pun jika ingin berkahwin lelaki tetap memilih wanita yang beragama dan mudah dididik..Berkahwin bukan untuk sehari dua, biarlah hingga ke syurga..^_^

P/s/s/s: Lelaki dan perempuan saling memerlukan.


[UPDATED! 13/12/2010: Apa ada dengan Maghribi]

Dec 6, 2010

Inflasi

Apa itu inflasi?
Inflasi adalah susut nilai. Nilai mengecil, mengucup dan yang seerti dengannya. Cikgu BM pasti lebih tau apakah istilah paling sesuai untuk digunakan.

Contoh.
Dulu waktu zaman tok-nenek, ayah-mak kita bersekolah kalau dapat duit belanja RM1 dah cukup banyak dan mewah. Macam-macam boleh dibeli. Waktu rehat dengan duit singgit tu memang kenyang lah.

Zaman persekolahan saya (1995-2005), kalau bawa duit dengan nilai RM1 tu memang cukup-cukup lah untuk makan. Kalau nak menyimpan dan menabung tu, hmm..boleh lah..susah juga lah, tapi masih cukup lagi..

Dan, sekarang 2010 jika diberikan RM1 sebagai wang belanja sekolah masih bersesuaian ke? Cukup?

5 tahun akan datang pula macam mana? 10 tahun lagi?
Zaman anak-anak dan cucu-cicit kita kelak bagaimana?
hmm..nampak gayanya trend 'pengurangan nilai' ini akan berterusan. Inflasi.

Jelaskan apa yang dimaksudkan inflasi?

P/s: Kenaikan harga minyak dan 3 barang keperluan utama di Negara kita disebabkan oleh inflasi jua ke? Hakikatnya, kita sangat sukar untuk mengawal pihak lain (pihak luar) namun kita berkuasa untuk mengawal diri kita sendiri kan untuk apa yang kita inginkan?

P/s/s: Ini tiada kaitan dengan politik.



Dec 5, 2010

Jom Puasa esok!

Isnin ini(esok) hari terakhir bagi bulan Zulhijjah.
Lusanya ialah Muharam. Ini bermakna kita akan menyambut ketibaan Tahun Baru Hijrah.



Baik.
Bagi meraikan perpindahan tahun hijrah ni, apa kata kalau kita berpuasa di akhir tahun dan awal tahun hijrah? Maksud saya pada hari esok dan lusa... Lagi cantik kalau kita dapat membaca doa akhir tahun, dan awal tahun disamping menghidupkan malam-malam dengan ibadah kepadaNYA. Tentu molek kan?

Hadis.


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Dan ada 1 hadis tentang kelebihan berpuasa diAkhir Zulhijjah yang diragui martabatnya oleh ahli Hadis.

Amalan berpuasa ini perlu difahami bukan kerana menuntut fadhilah semata-mata, kerana sedia maklum bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan berpuasa dihujung dan awal tahun hijrah itu tidak terletak pada martabat Hadis Sahih.. Namun, dalam hal ini, saya berpegang kepada;

  • Hadis lemah boleh dijadikan sandaran untuk beramal ttapi tidak boleh dijadikan sebagai hujah untuk menjatuhkan hukum.
  • Jika tidak mahu berpegang pada hadis tersebut, maka boleh berpegang pada hadis yang lain; 1. Nabi berpuasa setiap isnin dan khamis(esok isnin), 2. Nabi berpuasa paling banyak dalam bulan Muharam.
Hikmahnya.
Kerana inginkan amalan akhir dan awal tahun itu ditutup dan dibuka dengan puasa. Sesungguhnya, Nabi amat suka sesuatu itu dibuka dan ditutup dengan puasa.

Amalan berpuasa ni telah diamalkan oleh para ulama', cuma kita yang berasa janggal sebab jarang dan tak pernah buat!


P/s: Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua umat Islam di mana sahaja. 1431 Hijrah sudah hampir berlalu adakah azam kita yang lalu sudah tercapai?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...