Dec 10, 2010

Tenangkan Hati dan Jadi Positif

Kita tak boleh nak mengawal semua benda yang berlaku dalam hidup. Kita tak boleh nak kawal perasaan seseorang terhadap kita. Biasa kita dengar, buat baik pun orang mengata, buat jahat lagi orang mengata. Jadi? Biarkan sajalah apa orang nak kata. Selagi kita tak berbuat perkara dosa terhadap Allah SWT, buat apa kita nak kisah keredhaan orang lain. Setuju?

Antara susunan kata yang paling saya gemari;

Kita tak mampu ubah orang lain, kerana ia diluar kawalan diri kita.. Yang kita mampu ubah adalah diri kita sendiri, asalkan diri kita itu masih dalam KAWALAN.

Antara tabiat yang boleh dilakukan bagi menenangkan hati jika dilanda kekusutan ialah sentiasa berfikir secara positif dan proaktif.

Habit ini mengatatan bahawa “Saya mempunyai kekuatan. Saya adalah ketua dalam hidup saya. Saya boleh memilih sikap saya. Saya bertanggungjawab atas kebahagiaan dan kesedihan saya. Saya adalah pemandu masa depan saya, bukan penumpang”. Maksud sikap proaktif aialah mampu dan boleh membuat pilihan yang tetap terhadap perasaan kita sendiri. Ini kerana setiap hari kita berhadapan dengan situasi yang ‘sentap’ dan menyakitkan hati. Tapi kita tak semestinya bereaksi terhadap benda-benda tersebut seperti orang lain.

Misalnya kita dah rancang nak keluar jalan-jalan, tiba-tiba hari hujan. Kita boleh bengang, marah dan rasa tertekan. Tapi kita boleh berasa ‘oh hujan pula, tak apa, boleh buat benda lain di rumah’, macam iklan chipsmore tu. Bila hujan satu keluarga bergembira sambil makan biskut. Bila ada orang yang menyakitkan hati, contohnya ada member‘backbiting’ kita, kita boleh untuk berasa ‘sentap’, rasa down tak ingat selepas difitnah macam-macam, pergi ‘sound direct’, buat benda yang sama macam dia buat… ataupun cuma buat tak tahu saja, maafkan dia ataupun jumpa depan-depan dan berterus terang.

Begitu juga bagi masalah dalam per 'hubungan'. Kalau dalam hubungan lelaki dan perempuan, suami dan isteri khususnya kalau masing-masing nak menegakkan benang yang basah, menegakkan ego, degil, dan keras kepala masing-masing..tak kemana lah.. Yang penting, nak pertahankan suatu hubungan tu selagi boleh.. Berpisah adalah jalan keluar terakhir.. Err..Kenapa tiba-tiba cerita pasal ni ye? Saya sedang risau tatkala membaca entry perceraian di sini sebenarnya, 'no double meaning'..hee~


“Allah berfirman (kepada iblis):’Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutimu dariorang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).’” ( 15:42)

Bermakna kita yang membuat pilihan dalam setiap apa yang kita jalani. Malah syaitan pun tidak akan bertanggungjawab sekiranya kita mengikuti hasutan mereka.

“syaitan berundur ke belakang sambil berkata: ‘Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksa-Nya.’” (al-Anfal 8:48)

Jadi kenapa kita nak ikut apa yang orang fikirkan terhadap kita? Biarlah orang kata kita gila, atau jahat, atau bodoh, atau jahil (asalkan kita tahu demi Allah kita tak macam tu), siapa orang tu yang nak mengubah masa depan kita? Kecuali jika kita terikut-ikut dengan apa yang dikata-kata itu.


Oleh itu, kita perlulah berpegang kepada;

  • mengambil inisiatif dan mula melakukan sesuatu
  • berfikir tentang penyelesaian dan pilihan
  • bertindak

Dan sebolehnya elakkan daripada;

  • menunggu sesuatu untuk berlaku kepada kita
  • berfikir tentang masalah dan halangan
  • bertindak hanya bila sesuatu berlaku

Akhirnya, walau segala tips diberi dan dikongsi pun..Segalanya kembali kepada hati kita sendiri jua.. Hati yang bersih dari kekotoran dan noda akan membantu kita sentiasa positif dan tenang apabila berhadapan dengan apa-apa masalah.

Disini saya kongsikan jua petua mencuci hati dari Dr Fadzilah Kamsah:

1. Dirikan solat dan banyakkan berd’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Pesan pada orang, jadi baik

17. Menjaga pacaindera

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...