
Terkejut saya sewaktu menonton berita malam tadi tatkala mendengar ulasan daripada Pak Menteri. -Belum ada keperluan untuk bawa pulang pelajar Malaysia di Mesir.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu
Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.
Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.
Lanjutnya di Bernama
Mungkin tujuan beliau berkata sedemikian bagi menenangkan keadaan. Namun, cuba menyembunyikan keadaan di alam dunia penuh teknologi dengan info semua dihujung jari rasanya bukanlah suatu tidakan yang terbaik.
Dan, ini pastinya akan menimbulkan perasaan tidak puas hati buat ibu bapa kepada pelajar-pelajar disana. Keadaan mereka yang terdesak dan terperangkap disana pasti tambah rumit lagi apabila bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.
Untuk mendapat gambaran semasa tentang situasi di Mesir boleh buka blog krisismesirnasibrakyatkita dan juga di lama facebook selamatkan pelajar dan rakyat malaysia di Mesir.
Buat semua umat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar keamanan kembali di Mesir. Bak kata seorang sahabat saya,
Doa dari jauh, Allah dah suratkan dalam lipatan takdir pasti ada hikmah kan?
Doa dan harap tenang, aman selesai dengan cepat!
P/s: Mesir- Daripada hidup ditindas orang, lebih baik mati dalam perjuangan!
