Showing posts with label .:Emas:.. Show all posts
Showing posts with label .:Emas:.. Show all posts

Sep 9, 2010

Tangga kewangan




Akhir-akhir ini, saya perhatikan ramai sahabat-sahabat saya mula ghairah untuk membuat simpanan dan pelaburan dalam emas.

Tahniah diucapkan.

Tumpang bangga.

Cuma disini saya ingin berkongsi pendapat.

Tatkala kita sedang ghairah mencari, mengorek, mengumpul ilmu mengenai emas perlulah jua diketahui bahawa pelaburan emas adalah berbentuk jangka sederhana dan jangka panjang.

Jadi, jika niat anda ingin mendapat keuntungan daripadanya minima masa yang diperlukan adalah 1 tahun. Ya. Kerana potensi kenaikan nilai emas adalah dlam lingkungan 20-30% setahun.

.

Untuk memiliki 'kewangan yang sihat', kita perlu faham konsep asas pengurusan kewangan.

Ianya mempunyai tangga-tangga yang perlu dilangkah dengan betul. Jika tersilap langkah, bahana jawabnya.

Apakah tangga-tangga itu?

1.Cara mendapat pendapatan
2.Simpanan
3.Perlindungan
4.Pelaburan

1.Cara mendapat pendapatan
Ianya adalah bergantung kepada individu dan jenis pekerjaan. Boleh jadi, pendapatan ini didapati daripada gaji, mahupun perniagaan. Dan semestinya pastikan ia halal!

2.Simpanan
Selepas mempunyai pendapatan, inilah perkara pertama yang wajib kita lakukan. Ciri-ciri simpanan yang baik adalah mempunyai kecairan yang baik. Maksud kecairan yang baik ialah, ianya mudah dikeluarkan ketika kita memerlukannya. Langit tidak selalu cerah kan?
contoh: ASB, Tabung haji.

3.Perlindungan
Jika kita kehilangan pendapatan, apakah yang boleh membantu. Jika kita kemalangan, adakah kita sudah bersedia dan mempunyai wang yang cukup untuk menanggung perbelanjaan rawatan. Contoh kehilangan pendapatan yang lain adalah seperti dibuang atau diberhentikan pekerjaan. Carilah perlindungan yang sesuai dengan diri kita.
contoh: perlindungan takaful.

4.Pelaburan
Ini adalah tangga tertinggi dalam pengurusan kewangan. Jangan terus melompat ke tingkat ini jika belum mempunyai simpanan dan perlindungan. Kita perlu memastikan, tabung simpanan, perlindungan, dan pelaburan adalah berbeza. Bukan main tangkap muat sahaja.
contoh: pelaburan hartanah, saham, emas fizikal atau akaun.

(pemahaman mengenai tangga kewangan ini saya dapati daripada ceramah pengurusan kewangan Pakdi (penulis buku ini) selain pemerhatian dan bacaan saya yang lain.

Dan sebenarnya, emas fizikal juga boleh dimasukkan ke dalam kategori simpanan kerana ianya mudah 'dicairkan' melalui pajakan. Nanti saya akan ceritakan pengalaman saya memajak emas di Ar-Rahnu UKM baru-baru ini.

*Penting untuk memahami tangga-tangga ini sebagai asa kepada pengurusan kewangan yang betul.
**Sebenarnya, yang menentukan kejayaan seseorang itu menguruskan kewangannya bukanlah pada rumah yang banyak, mahupun simpanan emas yang berkilo. Faktor kejayaannya adalah memiliki ilmu, mentor, dan rakan-rakan yang turut ingin sama-sama berjaya!

Hadis nabi

1.Jika kamu mahukan kejayaan dunia perlulah dengan ilmu, Jika kam mahukan kejayaan akhirat dengan ilmu, dan jika kamu mahukan kejayaan dunia dan akhirat jua perlulah dengan ilmu.


2.Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."


Penting kan mempunyai ilmu? Hak ilmu adalah amal dan sampaikan. Jadi pada sesiapa yang dah tahu, kongsi-kongsilah ye. Sila tinggalkan komen. Sharing is caring..:)

May 15, 2010

Aku dan emas

Baru pulang daripada Sesi Perkongsian Seminar Emas di HQ Public Gold di Sunway. Seminar kali ini disampaikan oleh Pokya iaitu salah seorang MasterAgen PublicGold.




.

.

Best.Seronok.Unik.Hebat.


Secara jujurnya, aku masih kehilangan motivasi dalaman.
Kehilangan motivasi diri. Semangat yang dulu sentiasa membara semasa aku buat MyMode, OneDropPerfume, Prepaid, CBC, dan pelbagai lagi perniagaan Trading mahupun Networking yang pernah aku buat.Inikah namanya burn out?

Kejatuhan yang lalu, belum aku dapat untuk bangkit sepenuhnya untuk berdiri dan kembali berlari.

Bertemu dengan 'orang-orang hebat' semoga aku dapat merasa dan 'menyedut' semangat-semangat semoga menjadi membara kembali.

.

.

Ok, berbalik kepada kisah emas tadi.
Bagaimana aku mula jatuh minat pada emas?
Seingat-ingat aku, dah lama aku mendengar tentang emas sebagai penyimpan nilai. Tapi, masih belum lagi jumpa tempat sesuai untuk dirujuk. Belajar sendiri dan membaca sendiri sahaja.
Hinggalah aku berjumpa sifu Pokli. Mula-mula kenal di alam maya je, kemudian mungkin atas dasar kepercayaan aku dijemput beraya ke rumahnya, beraya dan aku membeli dinar pertama.

Pokli ni, orangnya friendly. Suka berkongsi pengalaman. Sama macam aku, addicted dengan tulisan Robert Kiyosaki khususnya buku Rich Dad Poor Dad. Bezanya, ilmu aku hanya atas buku, dalam dada. Masih belum jumpa peluang dan ruang untuk diamalkan. Sengaja mengimbau perkenalan setahun yang lalu.

Sekarang, insyaALLAH aku mula memahami tentang konsep asas tentang emas ini. asasnya perlu difahami, emas adalah penyimpan nilai. Ia bukan pelaburan dan janganlah ada lagi yang terpengaruh dengan skim-skim pelaburan emas yang meragukan dan merugikan!

Lagi setahun setengah sebelum melangkah ke alam pekerjaan, kini mencedok ilmu sebanyak-banyak. Apabila fund ada sudah tahu ingin merancang dan mengurus dengan betul. Apabila 'turun' ke padang biarlah cukup kelengkapannya. InsyaALLAH:)




Pokli berkongsi tentang emas dan hartanah


menimbang emas

*maaf gambar kurang cantik, megapixel kecil, jadi apabila tarik besarkan gambar jadi pecah..gambar yang cantik sudah upload di facebook.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...