Showing posts with label .:Ceramic:.. Show all posts
Showing posts with label .:Ceramic:.. Show all posts

Apr 12, 2010

Luahan KATA lama TERPENDAM!

Bismillah,
Aku mula tarik nafas dalam-dalam, dengan harapan penulisan ini dibuat dengan tenang, rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi yang kacau.

Entry ini adalah berkenaan Ceramic Business Focus Bhd.

Rasa muak, penat dengan soalan-soalan, sms, call yang bertanyakan soalan yang sama. Aku cuba jawab dan rungkaikan dengan cara yang terbaik.

.

.

.

1.

Apa perkembangan terbaru ceramic ni??

Saya bukan company, saya pun member macam tuan/puan juga. Apa yang company sampaikan, itu yang saya sampaikan. Kalau company 'tipu', maka tipulah juga saya. Setakat yang saya tahu setakat ini, company masih wujud, HQ masih lagi di Excella Business Park, Ampang dan masih dibuka macam biasa. Sekarang ni Asia Ceramic dikhabarkan dah diambil alih oleh Asia World Capital Holding Sdn Bhd. Company nak jalankan plan evo dulu, daripada pemerhatian dan pendapat peribadi saya company nak jalankan plan evo dulu buat masa ni.


2.

Boleh 'jalan' lagi ke company ni?

Sila ke HQ sendiri untuk jawapan ini. Saya tak berani mau komen lebih-lebih.


3.

Betul ke ada funder untuk company?

Ya, saya dikhabarkan macam tu lah. Awal bulan 4 tempoh ari, company ke Taiwan untuk pembelian produk-produk EVO dan produk 900 (produk pack) tu. Daripada duit funder tu lah.


4.

Bila withdraw dan syer nak masuk?

Saya dah ajukan soalan ni kepada Ceo Dr Ahmad Makmor, dan kepada upline evo saya. Jawapan yang diberikan, sekarang ni duit funder digunakan untuk pembelian barangan evo terlebih dulu. Roll duit tu, dapatkan profit, kemudian pembayaran withdraw dan syer akan diuruskan. Company akan bayar, cuma masanya saya sendiri tak tahu jawapannya.

5.

Apa perlu saya buat sekarang?

Pandangan peribadi saya, untuk survive buat masa sekarang ni. Jika rasa boleh ikut rentak company, ikutlah. Tapi kalau rasa tak sanggup, boleh la layan bisnes lain dulu. Saya akui, ramai leader-leader lain semua dah mula melangkah ke bisnes lain. Saya sendiri setup DrDetox untuk mula survive semula. Cuma nasihat saya, banyak-banyak la muhasabah diri, mungkin ini semua ujian buat kita. ALLAH tu Adil, tak kan diuji ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hamba-hambanya.


6.(soalan dan jawapan tambahan special untuk group aku!)

Syuk, bila nak bayar duit saya! Kenapa tak reply sms??!


Erm, ni soalan dan jawapan peribadi untuk sesapa yang bertanya dan tak henti-henti mendesak aku. Sedar tak sedar, dah 10bulan aku bertahan menjawab soalan bertubi-tubi dari korang dan disini baru aku nak menjawab. Aku nak nyatakan kat sini, aku sendiri kecewa, sangat kecewa dengan semua yang berlaku tapi dengan semangat yang ada aku cuba untuk 'berdiri semula'. Mengapa aku tak reply sms?lambat reply?Kalian sms dengan nada macam mane?Aku manusia, kadang-kadang aku pun ada perasaan marah walau setenang macam ne pun aku pun kekadang tak mampu nak kawal emosi sendiri. Marah vs marah, api vs api. Ada penyelesaian. Ada bezanya samada aku reply atau tidak jika jawapan untuk persoalan tu sememangnya bukan kat dalam tangan aku untuk menjawab?

Pasal payment pembayaran duit korang semua tu. Kalau korang sedar, lepas je cbc kene raid dengan BNM aku terus je beli ev kalian. Betul? Sampai habis terus saving aku. Aku ingatkan, lepas tu korang akan memahami, rupanya tak. Sekarang ni, kawan jadi lawan. Kawan yang boleh dulu minum semeja, sekarang tengok muka pun tak mahu. Sedih sangat kekadang aku rasa, tapi aku sendiri rasa bersalah dan apa yang aku boleh buat?! Padahal dulu, masa 'zaman kemewahan', cbc ni dululah yang dipuji-puji dilambung bagai nak rak(haha..). Padahal, dulu dah kutip profit 'gila-gila', tukar laptop, tukar hp memang perasan mewah betul lah! Sekarang ni, promote bisnes lain+bandingkan+burukkan cbc.Entahlah, manusia kadang-kadang memang susah nak faham pun.

Dan, setelah aku berfikir dalam-dalam. Sedar tak sedar, aku dah habiskan berpuluh-puluh ribu untuk cuba puaskan hati korang. Beli ev korang. Tapi hakikatnya korang tetap busukkan nama aku. Takde terima kasih. Namaku terus 'dibusuk-busukkan'. Cukuplah, penat dah weii. Padahal, selepas je raid BNM, aku langsung takde kutip pape profit, new signup pun cairkan ev downline. Downline jugak yang dapat cash, aku dapat asap?hehe. Rasanya, kalau aku terus cairkan ev kalian, beli ev kalian umpama menzalimi diri sendiri. Haramkan menzalimi diri sendiri?

Rujuklah terus pada HQ. Jujurnya, aku penat menjawab. Untuk jawapan yang lebih detail rujuklah HQ. Aku memang dah takkan bayar lagi sesiapa lagi. Aku bagitau terus terang, last saving aku dah digunakan untuk setup DrDetox. Takde saving dah. Duit nak gunakan untuk cashflow company je sekarang ni.


Pandangan peribadi aku keseluruhannya.

Aku harap semua boleh terima jawapan ni. Sabar je lah. Rezeki ada kat mana-mana. CBF boleh bangkit kembali mungkin tapi mengambil masa lah. Pada CBC, ianya memang lagenda dalam industri networking. Mungkin akan muncul gelombang kedua dengan CBF? Wallahualam.

Pada yang dah running bisnes lain tu, jagalah kewangan. Menyimpan. Walaupun aku kecewa dengan situasi sekarangn tapi selepas kejatuhan cbc lah aku rasa betul-betul dapat aplikasi dan memahami ilmu-ilmu kewangan yang hanya menjadi teori buat aku sebelum ni. Selepas kejatuhan cbc lah baru aku kenal apa itu emas, apa itu OD. Alhamdulillah, masih belum terlambat sebenarnya. Aku bangga dengan kawan-kawan yang dapat memahami hakikat bisnes, yang dah bangkit dengan bermacam-macam bisnes lain. Tahniah aku ucapkan!

Salam hormat buat semua. Aku memang tak pandai menulis, mengarut je lebih.:)

Ada tambahan soalan? boleh la tambah di ruangan komen.

Jul 13, 2009

Bonus Jun

Jun 30, 2009

Analysis Paralysis!

Bismillah,

Analysis paralysis.. arghh.. mende tuh?
ianya adalah kesukaran untuk menyusun maklumat, menganalisinye dan menyalurkannya ke tempat yg sepatutnyer.. bnyk sgt bnda yang ingin difikirkan...bnyk benda perlu dibuat... bnyk tanggungjawab perlu difikirkan...hahaaa.. betul? percaya x.. alar.. alasan klise tuk lama tak update aku yg dah bersawang ni.. Tp, memang itulah sebenanye hakikat yang benar..

ermmm... ape cite terbaru? ape perkembangan terbaru?
aku sekarang dah berada di IPGM Kampus Pengajian Islam tercinta,
semester baru bermula 22Jun yang lalu.. sedar tak sedar dah 3 tahun aku kat sini lagi 2 tahun abis dah dan bergelarlah aku sebagai seorg guru secara rasminya..:)

Perkembangan lain?
Alhamdulillah, aku dah siapkan minisite khas untuk promosi ceramic(cbc),
dalam tu aku dah siap masukkan video persembahan penerangan step by step mengenai konsep asas cbc dan juga bagaimana sbgai ahli kita boleh mendapat pendapatan dengan cara yang santai. Kepada yang ingin tau lebih detail, jemput ke sini. Alhamdulillah, aku cakap terus terang dengan bisnes ni sekarang, aku dah dapat meringankan serba sedikit bebanan kewangan keluarga, bagi baucer shopping dan petrol free pada ibu ayah aku dan juga aku tunaikan umrah tempoh hari juga hasil daripada bonus cbc nih.

Result untuk exam semester lepas dah keluar,
alhamdulillah dapat dekan utk semester nih. Walaupun ramai lgi yang dpat keputusan yg lebih hebat dan lebih baik daripada aku, tapi aku tetap bersyukur dengan result tu. Ok lah sangat, semester lepas pun aku sibuk keluar je memanjang tetiap minggu. Stdy dalam kuliah n kelas ngn last minute stdy masa exam ajer.huhuu..

Untuk semester ni pula, jika mengikut proforma aku akan bnyk membuat kajian/program di luar Institut. Program Bina Insan Guru (BIG) 18Julai ni aku akan ke sebuah sekolah KAFA di Kajang. 21-23Julai ni pula BIG di HomeStay BangHuris Sepang. 25Julai ada perkhemahan Bahasa Arab di Gombak. Awal bulan 8 ni perkhemahan KRS kat Lumut lak. Bnyknye program. Ermm... semoga semua urusan dipermudahkan dan berjalan mengikut perancangan.

Blog Pekomperi dah update. Alhamdulillah. Thnx tuk Wa'a kerana tolong ambil alih tugas aku. Aku rasa memang dah kurang sanggup nak selalu mengadap untuk update blog tuh. Lagipun untuk akhir tahun lepas, dan awal tahun ni bnyk program Pekomperi yang aku tak sertai. Bahan untuk update pun tak sampai pada aku, jadi macam mane lah jari-jemari ni nak menari di atas keyboard kalau bahannya tak sampai pada aku. Pekomperi boleh pergi jauh lagi. Apa yang penting, KERJASAMA!!.(baca versi WonderPet erkk..hehe..). Tahun ni banyak lagi program yang akan Pekomperi sertai. Jadi komitmen daripada semua memang perlu sangat2. Persembahan di UMP 2 minggu lepas dah membuktikan Pekomperi ni memang dah ada 'stended' tersendiri. Dengar cite, tahun depan akan diadakan Konsert lagi. Harapan aku, semua ahli Pekomperi jaga niat masing2.. Inilah salah 1 cara untuk dakwah ifradi kite sbgai seorang muslim sebenarnyer. Ingat taw semua ahli Pekomperi yang membaca blog aku nih! :)

Azam aku, hari demi hari nak jadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.
Wahai manusia...wahai sahabat-sahabatku, jika ada salah-silap dan kelemahanku, mohon nasihatilah aku..~






Apr 18, 2009

Setahun aku dan cbc

Bismillah,

Lama tak menulis perkembangan terbaru Ceramic Business Club (CBC). Sedar tak sedar dah setahun aku join cbc nih. Aku join 12 Mac 2008, skrg dah bulan April 2009. Sekejap je masa berlalu. Teringat aku setahun lepas, cuak-cuak...takut-takut ngn cbc nih..

ye la, konsep baru. lom pnah jmpe biz seunik mcm nih...hahahaa... t'senyum sesorg bile aku teringt bnda tu sumer..

Aku start promote cbc mule dgn online. Yup, modus operandi yg sama mcm aku wat MyMode dulu.Fully online... pomote kat blog, lepak n pomote kat forum2, cari website2 iklan, letak kat status YM... tu je lah yg aku wat..

sampai la sedar tak sedar, alhamdulillah aku mula merasa gak incme cecah 5 angka..
nak bukti? tengok le sndri... thehehehee...






macam tak percayakan? tapi tu la hakikatnya..alhamdulillah.. tpi, aku buat biase2 jer..aku tetap syukur yg dulu..takde pape perubahan pun..ni semua rezeki...bile2 masa je bleh ditarik balik. betul tak?

Cite psal cbc ni lgi..biasa prospek2 n kekwn aku musykil tang mane company dpat profit. tak overpaid ker? soklan stended la sume tuh..
sbnrnye, kalo kite fhamkan knsep cbc ni simple shja... mudah...
membership programme ngn trading sell back policy..bnda yg simple wtpe nak dikusutkan kan?

kalo nak tau, secara mudahnye company dpat profit melalui 3 cara;

1.Trading
melalui penjualan produk2 ceramic. samada yg dijual di e-mart ataupun yg company pasarkan. tak percaya? surat pemeriksaan KPDNHEP sendiri dah mengesahkan cbc memang membuat trading produk2 seramik.

2.Baucer
cbc ada memberi baucer2 kepada ahli-ahlinya. Baucer2 yg ada ni boleh diredeem di emall. Baucer yg disediakan setakat ni adlh kfc, pizzahut, parkson, giant, jaya jusco, bhp petrol, dan aucer e-mart. kita fikir secara logiklah, cthlah pd bulan ni cbc ambil 500 ribu keping baucer dpd kfc. sekeping baucer bernilai RM10. 500 ribu x RM10= RM5juta, meanz pd bulan ni cbc ambil baucer dpd kfc dgn nilai RM5 juta. agak2nyelah, cbc ambil baucer tu dgn harga RM5 juta gak ker? Pasti lebih murah kan? Cth cbc dpt dpd kfc hrga RM4 juta shja, dah untung 1 juta...Haaa... kat situlah company dpt profit...nmpak tak?

3.Loyalty
Yup, melalui bonus kesetiaan. Kalau kita lihat, konsep loyalty ni biasa diamalkan sbnrnye..cume kite je mungkin tak perasan. sebagai contoh, bonuslink yg dianjurkan oleh shell. sesapa yg ada kad bonuslink cnfrm isi minyak kat shell kan? tuk kumpul point..bile ckup point je leh la redeem payung n etc..betul tak?
camtu jugak dgn cbc nih..cbc ada e-mart, iaitu kedai serbaneka bwah cbc. kat dlam kedai nih, kite leh shopping brg2 keperluan harian dgn menggunakan shopping point yg kite ada dlam kad keahlian kite.. nak beli topup pun leh je kat e-mart nih. free je...asalkan ada sp dlam kad tuh.. mudah je kan?

Mungkin ada yg masih blur2 tentang konsep cbc nih. Jika betul2 ikhlas nak tau..leh bincang elok2. betulkan salah fham tuh...aku pun setakat ni takde paksa sesapa tuk join..hnye bukak peluang..nak join, aku boleh bantu..

selain tu, ada beberapa lagi perkembangan terbaru drpd company.. antaranye, pada bulan ni akan ada 3 lagi e-mart akan dibuka iaitu di Kuala Terengganu, Skudai, dan Kota Bharu. Pembukaan e-mart ni sebenarnye membuktikan company berkembang secara sihat. Setakat ni, yang aku nmpak company mmg btul nak wat bisnes.. cume aku je lah wat santai2 jer..maklumlah...student l kan..hohohooo...

*nak tau detail leh klik n daftar kat sini atau sini
takpun leh je add YM aku..kite leh borak2 panjang yer..

Salam muhibbah buat semua!;)





Feb 7, 2009

Meeting cbc di UKM

Bismillah,

Fuhhh... Lama gak kan aku tak cerita pasal bisnes ceramic ni yer..semalam, telah diadakan meeting mengenai biz ni di Wisma Unikeb UKM.. Zul (Admin JutawanCeramic) telah menerangkan dan memberi jawapan tentang persoalan2 yg sblum ni berserabut dlam minda member2 Ceramic Business Club(cbc)... Zul gak telah menerangkan future planning biz nih..


Antara persoalan 'standard' yg sering ditanyakan adlh mengaitkan cbc dengan skim-skim cepat kaya dan pelaburan haram. Dakwaan ini, sememangnya tidak tepat sama sekali..biasanye, mereka yg dok kata mcm ni adlh mereka yg tak fham tentang konsep biz cbc.. Cbc adlh berkonsepkan program keahlian (privvelage), dan salah 1 keistimewaan sbgai member tu yg diperkenalkan program booster dgn sell back policy.. Penjelasan panjang lebar aku dah tulih kat blog ni.. kalau betul2 ikhlas nak tau..baca, fhamkan..x clear gak, leh cntct aku..insyaALLAH, aku akan cube terangkan dengan sebaik mungkin.

Lagi 1, kebiasaannye..org dok tnye kat mane nak tngok produk ceramic yg dijual oleh cbc nih? untuk pengetahuan semua, produk ceramic kite adlh di bwah brand 'asia ceramic'..kalau nak tngok produk, bleh berkunjung ke HQ (ampang) ataupun ke cawangan-cawangan e-mart yg kini telah dibuka di Ampang,Kerteh,Kuala Terengganu dan Kluang. Dalam masa terdekat ni, akan bnyk lgi cawangan e-mart akan dibuka di seluruh Malaysia.. pembukaan e-mart ni sbnrnye, menunjukkan cbc mmg btul2 buat bisnes n kite semamngnye bukan money game.. :)

Perkembangan terbaru;

1.Syarikat akan mengurangkan penggunaan kurier selepas ini. Kenapa? kerana walaupun kite menggunakan pos berdaftar masih ada member yg tidak mendapat surat2/cek2/baucer2 yg dipos oleh company by kurier. kurier scam? entah ler..aku pun npe leh jdi mcm tu..kerana memikirkan risiko keselamatan dan memikirkan kerugian yg terpaksa ditanggung oleh syarikat bermulanya bulan 3 ni antara pembaharuan yg akan dibuat;

'newsign-up' akan mendapat cek dan privelage kad melalui 3 cara iaitu 1.kurier 2.HQ 3.center

bagi mengatasi masalah member yg kehilangan resit atau tak konsisten 'purchase' pakej yg sama setiap bulan, utk setiap kali pembelian booster syrkt akan kreditkan terus Shopping Point(SP) ke akaun cbc kite (cth: amik Pakej A, purchase je terus dpat 15SP..dgn SP ni bleh la ak redeem pape baucer kat emall...dah xpyah nak kumpul2 baucer mcm sblum nih. Pakej B dapat 25SP, Pakej C dapat 62.5SP)

bg 'repuchase' lak, cara pembayaran kini adlh ambil cek di 1.HQ 2.center 3.EV System

barangan yg diredeem di emall boleh diambil di HQ atau center..dah xde kurier lg



2.Merchant
Cbc akan membuka peluang kepada mana2 member yg ada perniagaan sndri utk mjdi merchant cbc..mksudnye, member2 cbc yg lain bleh shopping di kedai merchant ni menggunakan SP. Pe benefit dier? dgn cra nih disamping mendpat untung bersih drpd brgn yg dijual dgn cra biasa kite juga akan dpat profit yg diberi cbc drpd sales yg dibayar dgn mgunakan SP tuh..meanz ada 2 keuntungan kat situ.. xclear erk..? call/sms aku bgtau smpai fham..;p

3.E-Mart
Lebih bnyk e-mart akan dibuka diseluruh Malaysia.. Pembukaan e-mart ni sememngnya menguntung member2 gak..leh shopping dgn SP jerk..hehe..

4.E-Solution
Menurut Zul, kita akan membuat sistem E-Solution. Pe die tuh? Kmsudnye, kite leh trnsfer SP kpd E-Solution utk urusan pembelian tiket kapal terbang

5.Payment Gateway
Kite berusaha utk mewujudkan payment gateway bg pembelian Electronic Value(EV). Jika sebelum ni, pembelian ev dilakukan dgn membeli drpd HQ ataupun drpd upline2, selepas ni insyaALLAH ev boleh dibeli melalui payment gateway shja sama konsep mcm Cari.Com dan Lelong...Jadi pasni, nak beli EV leh gune Maybank2u la yerk...underspot dpat..lgi pntas n cepat! :)

Pesanan drpd zul, kalau kite betul2 nak sukses kat industri ni kite kene betul2 bersungguh-sungguh ngn biz nih..sume member bertanggungjawab utk jaga nama baik syrkt. Zul pesan gak, kebiasaannya 'org2 kite' xleh tahan lama wat bisnes abab 2 bnda..iaitu coz salah urus kewangan ngn sbab prmpuan...nak btul2 sukses amik masa mungkin dlam 5 tahun...tuk dpat tahap jutawan..jdi beringtlah...sape bersungguh-sungguh...tertulis rezki tuk dier...die dapatlahh..

Bg aku lak..cbc ni plan die mmg cun...aku kagum ngn Future Plan cbc nih.. kalau nak tau, e-mart tu adlh fasa 1 tuk future plan cbc..bnyk lgi peluang2 yg akan diperkenalkan oleh cbc...cbc adlh real bisnes..bukan skim cepat kaya.. Alhamdulillah, rezeki aku ada kat cbc...tetiap bulan incme mencecah 4 angka gak..oklah... ada rezki 1 bulan lgi leh cecah 5 angka kot..hehe... pape pun bnyk2 syukur pd ALLAH yg memberi rezki..:)

ada pape soklan drop komen yer..




Nov 9, 2008

Penerangan Lengkap Ceramic Business Club

Salam...kali ni..ak nak cite psal bisnes ceramic yg ak dok running gile2 skrg nih...ermmm..mai la klik kalo nak nengok n tau detail...so far, ak dah join hmpir 8 bulan..ak join bulan 3 arituh...best woOOoooo... lets read it!

SIAPA CERAMIC BUSINESS CLUB?

Ceramic Business Club adalah Jenama Perniagaan yang dimiliki oleh Asia Ceramic Marketing (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Ampang, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan perniagaan trading produk dan barangan berasaskan seramik. Keunikan Ceramic Business Club (CBC) ialah mereka menawarkan kaedah Sell Back Option kepada Distributor yang tidak mampu membuat jualan. Selain itu, CBC juga menawarkan Anugerah Kesetiaan & Penebusan Baucer Membeli-belah dan Fast Food terkemuka seperti Giant Hypermarket, BH Petrol, Parkson, KFC dan Pizza Hut kepada setiap ahli kelab menerusi E-Mall yang disediakan khas untuk semua Distributor.

Ceramic Business Club House Brand:















PERHATIAN: anda HANYA DAPAT UNTUNG SEKALI SAHAJA bagi satu urusan jual beli(sell back policy). sebabnya ini BUKAN PELABURAN. kalau pelaburan, ia beri pulangan berulang-ulang kali dengan sekali modal. tetapi ceramic BUKAN PELABURAN, ceramic adalah SATU URUSNIAGA JUAL BELI iaitu JUAL SEKALI, UNTUNG SEKALI SAHAJA. nak untung lagi, lakukan urusniaga jual beli dengan kerap.

BERITA BAIK!! ANDA BOLEH MENDAPAT UNTUNG SECARA BULANAN DENGAN MENGIKUT PLAN KAMI.

BAGAIMANA?? TERUSKAN MEMBACA PENERANGAN KAMI...

PERHATIAN: ANDA TETAP PERLU LAKUKAN JUAL BELI KERANA INI BUKAN PELABURAN

PLAN UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN RM100 SETIAP BULAN



Penerangan:

Untuk Pakej ini, jika anda ingin melakukan repurchase setiap bulan dan ingin mendapat bonus sebanyak RM100.00 setiap bulan, anda perlu mengikut sistem seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual di atas. Contohnya anda membeli Booster pada bulan 1, menerima 2 keping cek pada bulan 2 dan bulan 3 sebanyak RM500 setiap keping.

Pada bulan ke 2, sebaik sahaja Cek Pertama anda clear, anda gunakan semula RM500 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM400 lagi untuk membuat belian pada bulan kedua. Anda akan menerima 2 keping cek lagi iaitu pada bulan 3 dan bulan 4 yang bernilai RM500 setiap satu.

Pada bulan ke 3, anda mempunyai 2 keping cek (hasil pembelian pertama dan pembelian kedua) dan gunakan hasil jualan tersebut untuk membuat belian pada bulan ke 3. Jumlah cek tersebut adalah sebanyak RM1000 dan yang ingin dibeli hanyalah RM900 sahaja. Jadi bonus lebihan RM100 adalah bonus tunai anda. Seterusnya, hanya lakukan pembelian yang sama setiap bulan dengan menggunakan hasil jualan dari bulan sebelumnya.


PLAN UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN RM200 SETIAP BULAN



Penerangan:


Untuk Pakej ini, jika anda ingin melakukan repurchase setiap bulan dan ingin mendapat bonus sebanyak RM200.00 setiap bulan, anda perlu mengikut sistem seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual di atas. Contohnya anda membeli Booster pada bulan 1, menerima 2 keping cek pada bulan 2 dan bulan 3 sebanyak RM1000 setiap keping.

Pada bulan ke 2, sebaik sahaja Cek Pertama anda clear, anda gunakan semula RM1000 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM800 lagi untuk membuat belian pada bulan kedua. Anda akan menerima 2 keping cek lagi iaitu pada bulan 3 dan bulan 4 yang bernilai RM1000 setiap satu.

Pada bulan ke 3, anda mempunyai 2 keping cek (hasil pembelian pertama dan pembelian kedua) dan gunakan hasil jualan tersebut untuk membuat belian pada bulan ke 3. Jumlah cek tersebut adalah sebanyak RM2000 dan yang ingin dibeli hanyalah RM1800 sahaja. Jadi bonus lebihan RM200 adalah bonus tunai anda. Seterusnya, hanya lakukan pembelian yang sama setiap bulan dengan menggunakan hasil jualan dari bulan sebelumnya.

PLAN UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN RM700 SETIAP BULAN



Penerangan:


Untuk Pakej ini, jika anda ingin melakukan repurchase setiap bulan dan ingin mendapat bonus sebanyak RM700.00 setiap bulan, anda perlu mengikut sistem seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual di atas. Contohnya anda membeli Booster pada bulan 1, menerima 3 keping cek pada bulan 2, bulan 3 dan bulan 4 sebanyak RM1500 setiap keping.

Pada bulan ke 2, sebaik sahaja Cek Pertama anda clear, anda gunakan semula RM1500 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM2300 lagi untuk membuat belian pada bulan kedua. Anda akan menerima 3 keping cek lagi iaitu pada bulan 3, bulan 4 dan bulan 5 yang bernilai RM1500 setiap satu.

Pada bulan ke 3, sebaik sahaja Cek Pertama dan Kedua anda clear, anda gunakan semula RM3000 tersebut dan menambah wang poket sebanyak RM800 lagi untuk membuat belian pada bulan ketiga. Anda akan menerima 3 keping cek lagi iaitu pada bulan 4, bulan 5 dan bulan 6 yang bernilai RM1500 setiap satu.

Pada bulan ke 4, anda mempunyai 3 keping cek (hasil pembelian pertama, pembelian kedua dan pembelian ketiga) dan gunakan hasil jualan tersebut untuk membuat belian pada bulan ke 4. Jumlah cek tersebut adalah sebanyak RM4500 dan yang ingin dibeli hanyalah RM3800 sahaja. Jadi bonus lebihan RM700 adalah bonus tunai anda. Seterusnya, hanya lakukan pembelian yang sama setiap bulan dengan menggunakan hasil jualan dari bulan sebelumnya.

Jadi, bagaimana? sudah jelas dengan peluang buat duit mudah macam makan kacang ni?? jika masih lagi tak jelas, hubungi saya. saya akan bongkarkan persoalan di minda anda.


Amacam? minat nak daftar? klik sini!



Nov 4, 2008

Asia Ceramic Marketing di Akhbar-Akhbar!

Post kali ini adalah sambungan daripada post bg entry aku sebelum ini di, http://cetusan-student.blogspot.com/2008/10/ceramicbusinessclubcbc-masuk-paper.html


Anugerah The 7th. Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2008 yang dimenangi oleh Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. bukan calang-calang dan bukan senang nak dapat. Sudah tentu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd merupakan syarikat yang betul-betul mempunyai sistem perniagaan yang mantap dan teruji kerana berjaya melalui audit-audit sebelum layak mendapat anugerah ini. Tengok lah siapa jadi Guest of Honour untuk Anugerah ini, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pun salah seorang daripadanya. [takkan lah Pak Lah support skim cepat kaya, labu peram dan pelaburan haram pulak ttthehe]

[sumber: The STAR, Ahad 20 Julai 2008]

Bukan di akhbar Inggeris dan Melayu sahaja, surat khabar Cina pun ada membuat liputan tentang aktivit Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd.


Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd pun mempunyai inisiatif memotivasikan distributor-distributornya yang telah membantu syarikat berjaya dengan mempromosikan iklan beserta gambar-gambar distributor di serata Malaysia.




amacam? percaya dah dengan bussiness nih? klik sini utk tau detail lgi, JutawanCeramic

Oct 11, 2008

CeramicBusinessClub(CBC) masuk paper Metro 9Oktober!



Ceramic masuk paper?
npe nih? ape yg telah terjadi?
hohohoooo...ye...memg btoi..

CBC telah m'qonquer' 1 page penuh hmetro pada 9Oktober lepas..
maaflah aku lmbat update, xbrape sihat 2-3 hari ni jdi x online lah..

ermmm...pada sesapa yg ada simpan paper tuh bleh la selak2 yer..
gambar aku pun ada sekali kat dlam tuh..hehehe..
dibawah label 'pemimpin-pemimpin zon'
pd sesapa yg nak tau ape tu CBC jmput klik
wbsite nih, CBC bisnes rilex tnpa tekanan!
mai klik sini!



Oct 7, 2008

Apa itu CeramicClub.Net?



Ceramic Business Club adalah Kelab Keahlian Eksklusif yang dimiliki oleh Asia Ceramic Marketing (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur.

Syarikat ini menjalankan perniagaan trading barangan-barangan ceramic, Online Shopping dan Penebusan Baucer menerusi satu Program Kesetiaan Privilege yang dinamakan Ceramic Business Club (CBC).

Keunikan Kelab Keahlian ini adalah CBC menawarkan pembelian barangan ceramic secara Sell Back Option kepada semua Distributor berdaftar.

Selain itu, CBC juga menawarkan Penebusan Baucer Membeli-belah Franchise terkemuka seperti Giant Hypermarket, Parkson, KFC dan Pizza Hut kepada setiap ahli kelab menerusi E-Mall.


Produk seramik dikeluarkan oleh:

Di Ceramic Business Club terdapat 3 pakej menarik iaitu:




Video penerangan CeramicClub.Net





Jom join Ceramic Bisnes Club! join terus dapat CEK!!

Dapatkan rm100/200 atau 700 setiap bulan, sampai bila-bila!!

1st of all, Ceramic Biz Club ni bukan MLM yg kena cari dan jumpa org…..nama pun ‘Biz Club’, so sy ajak join biz club ni, so sebagai ahli club ni, anda sebahagian dr biz. Segala urusan jualan dan sebagainya, co yg buat, kerja ahli adalah participate

je…mudah bukan. So sebagai

ahli, x perlu cari org pun dpt duit, klu cari org, lagilah dpt duit lebih…terpulang lah..better join dr x join..at least dpt min 100 bulan2, sapa nak bagi tu?

Ok summary:
Syarikat Asia Ceramic Marketing Sdn Berhad iaitu sebuah syarikat tempatan
yang memasarkan Produk Ceramic buatan Vantage telah diumumkan sebagai
pemenang Award 7th Asia Pacific/International Entrepreneur Excellence Award
2008.

RAKAN KONGSI DIPERLUKAN UTK KONSEP TRADING “SELL BACK POLICY” YANG
MENGUNTUNGKAN DAN 0% RISIKO!!!***

Berita ini telah menaikkan nama Malaysia kerana telah berjaya menewaskan 500
pencalonan dari seluruh negara. Berita ini juga telah dan akan
mendapat liputan dari media, akhbar dan majalah tempatan.Antaranya ; Akhbar
The Star m/s SM12 (20julai2008), NTV7 7 Edition (8.00pm) & Mandarin 7
(9.30pm) - 21julai2008 dan 17ogos2008(1.30pm), Global Business Magazine
issue 28 sept2008, Shang Hai Magazine issue 355 sept2008.

*Dengan kejayaan meraih award ini menunjukkan bahawa perniagaan Francais
Sell Back System yang dijalankan oleh syarikat ini boleh dipercayai dan
sangat menguntungkan kepada sesiapa yang menyertainya.*

*Secara mudahnya bisnes ini seperti berikut.*

*1) Pakej a .Tea set - Beli Rm900 dan jualbalik pada syarikat Rm1000.
Untung=Rm100.*

*2)Pakej b. Dinner Set - Beli Rm1800 dan jualbalik pada syarikat Rm2000.
Untung=Rm200.*

*3) Pakej c . Tea+Dinner+Warmer set - Beli Rm3800 dan jualbalik Rm4500.
Untung=Rm700.*

*Saya hanya nak tunjukkan “JALAN” bagaimana orang yang tak pandai
berkomunikasi, tak pandai komputer, tak pandai internet, tak ramai kawan dan
kenalan, masih boleh menjana pendapatan lima angka sebulan tanpa perlu
menjual, tanpa perlu mengguna produk dan tanpa perlu mencari ‘downline’.*

*Mahukah anda Menjana RM??!! **Melalui Satu Kaedah Yang Lebih Praktikal
Lebih Dinamik,*

*RAKAN KONGSI DIPERLUKAN UTK KONSEP TRADING “SELL BACK POLICY” YANG
MENGUNTUNGKAN DAN 0% RISIKO!!!***

*DAFTAR SEGERA*
daftar disini,
www.jutawanceramic.com/student



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...