Apr 17, 2010

Mengenai Tahajud

Bismillah,
Tatkala sedang berjalan-jalan di 'alam maya' tadi aku terjumpa mengenai ini.

Harap boleh berkongsi bersama.

Orang yang rajin melakukan solat sunat tahajud mendapat 9 kelebihan. 5 daripadanya diperoleh di dunia, manakala selebihnya akan diperoleh di akhirat.

5 kelebihan yang diperoleh di dunia:

1. Allah akan menyelamatkannya daripada bencana
2. Tanda berkat pada wajahnya
3. Disukai oleh ramai manusia
4. Allah jadikannya seorang yang bijaksana
5. Bila bercakap penuh hikmah

4 kelebihan yang akan diperoleh di akhirat:

1. Wajahnya bercahaya
2. Diringankan hisab
3. Menyeberangi titian sirat seperti kilat yang menyambar
4. Dapat buku amalan dengan tangan kanan


YaAllah…ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu…

Dan bila kali terakhir kita solat tahajud dan mengadu dengan keluh kesah kepadaNYA?



Balik lagi.

Malam sudah larut, mata belum mahu ditutup.

Perjalanan 5.30 petang tadi dari Seremban-JB dengan bas Plusliner tidaklah memenatkan.

Perjalanan dengan kerehatan.

Sampai di JB, kira-kira jam 9malam tadi. Dijemput seorang member kamcing. Teman borak waktu susah dan senang.

.

.

.
Minggu lepas kan dah balik, mengapa minggu ni kau balik lagi?


Soalan itu ditanya oeh seorang sahabat kepada aku.
Yup, benar. Aku dah balik minggu lepas, atas alasan kerinduan pada rumah. Kali terakhir balik pada cuti Raya Cina lepas tak silap aku.

Balik kali ni, untuk ketenangan. Aku rasa puas berehat di rumah sendiri. Rasa tenang.

Balik 2 kali dalam 2 minggu. Dengan menaiki bas pula tu. lama dah tak buat. Selalu rider dengan kenderaan kesayangan sahaja.

Rasanya, aku ingin 'lari' seketika dari segala kekusutan yang buat aku rasa sesak, penat.
Lepas ni ingin merangka strategi seterusnya. Untuk pelajaran, untuk diri sendiri, untuk keluarga.

Semoga dengan tenang, pemikiran 'out of the box' dapat dirungkaikan.

Mudah-mudahan. InsyaALLAH.



Apr 15, 2010

Hari-hari terakhir SK Kajang Utama?

Menuju hari-hari terakhir di SK Kajang Utama membuat aku berfikir adakah ini pengalaman biasa bagi guru pelatih?

Mendaftar diri-->praktikum-->habis praktikum-->murid kesedihan.

.

.

Rasanya bukan semua macam ni kan?

Benarkah murid sedih ditinggalkan guru pelatih?
Guru pelatih belum terlatih sepenuhnya. Pengajian belum habis, ijazah pun masih belum dalam genggaman.

Ustaz dah tak ajar kami lagi ke lepas ni? Alar... tak best la macam ni...


Mengapa pula kamu berkata macam tu?

Belajar dengan ustaz best..Ustaz tak garang..Ustaz baik..Ustaz macam abang saya..


Benarkan situasi ini?
atau hanya mainan kata-kata mengambil hati bagi anak murid buat gurunya.
Erm, terlampau pesimiskah aku?

.

.

.


Membanding beza antara guru terlatih dan guru pelatih pastinya perbandingan yang kurang adil. Bukan sikap pengajar sepatutnya dijadikan cermin oleh murid, namun pengajaran yang berkesan sepatutnya diambil perhatian.

Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semester 5 ini praktikum 1bulan, menyusul di semester 6 nanti 2 bulan, dan semester 7 kelak 3 bulan. Muntah dengan praktikum lah nampaknya lepas ni.

Serius. Apabila kelak berpraktikum, perhatian 100% diberikan. Kepenatan bukan pada fizikal sebenarnya, namun pada mental dan akal fikiran. Aku minat mengajar namun rasa 'penat' membuat Rancangan Pengajaran Harian. Klise. Aku rasa 90% guru pelatih setuju dengan aku. Takpe, nanti dah jadi guru sebenar akan disibukkan dengan pengurusan dan pengkeranian dah tak rasa berat pun pasal RPH. Menurut pemerhatian dan pendapat peribadi sahajalah. Kebenaran belum tahu lagi selagi belum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

.

.

.

Minggu ni, aku bercerita mengenai kisah perlumbaan Sang Arnab dan Kura-kura. Ada hikmah dan pengajaran besar disebalik cerita tersebut dalam dunia pendidikan dan diri murid. InsyaALLAH di lain masa aku bercerita pula pada kalian yer... Aku hutang kalian 1entry.:)

Jumpa lain kali ada rezeki. Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...