Jan 5, 2011

Diam hati rawan

Diam adalah senjata paling ampuh untuk menghadapi dan memulihkan hati yang sedang rawan?



P/s: Silent is Gold. Teringat kata seseorang.
Kesunyian membuatkan detik-detik masa terasa berlalu begitu lambat.

RON97, minyak tanah naik 10 SEN tengah malam ini.

Mulai tengah malam ini, harga petrol Ron97 dan minyak tanah masing-masing naik sebanyak 10sen. Tak silap saya, minyak Ron97 baru sahaja naik pada 1Disember yang lalu. Oh.. 2 kenaikan dalam masa 1 bulan sahaja. Ini boleh dikatakan berpunca daripada inflasi ke?

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.


Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - Bernama


P/s: Firasat saya mengatakan ini bukan kenaikan terakhir harga minyak dan diesel bagi tahun ini.. Mungkin akan ada kenaikan lagi.. Potensi untuk harga minyak turun? Saya sendiri tidak pasti!

P/s: Apakah penyelesaian untuk terus survive, perlu 'kecutkan' lagi belanjawan diri dan keluarga?

Jan 4, 2011

Apa ada dengan Dendam?

Pernah berdendam? Ataupun sedang didendami?

Usahlah. Banyak keburukan daripada kebaikan jika berdendam.

Dendam biasanya berpunca daripada kemarahan dan kekecewaan. Dendam lazimnya berkait dengan masa silam yang menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya daripada beroleh kebaikan.

Bunuhlah dendam yang bersarang dalam jiwa dengan langkah-langkah berikut:
  1. Sucikan hati dengan solat taubat dan istighfar.
  2. Maafkan semua orang sebelum tidur.
  3. Lupakan segala duka atau kisah silam yang menyebabkan dendam marak.
  4. Bersahabat dengan orang soleh. Elakkan bersahabat dengan batu api yang akan menyemarakkan sengketa sesama insan.
  5. Ingat bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada berbuat silap.
  6. Percayalah jika kita tidak dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, insyaAllah pembalasan Allah di akhirat sana yang lebih adil tanpa perlu berdendam kepada sesiapa.
Rujukan: Majalah Solusi isu 26

Ingatan buat diri sendiri.

(ada masalah, senyum dan matang!)


P/s: Saya mohon ampun maaf atas segala salah silap saya. Dengan rendah hati, daripada saya buat semua. Mohon maafkan ye? Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...