Jul 3, 2010

Bangun dan lari.

Apa yang berlaku, apabila suatu kisah saling bertautan?

Ia akan menjadi perjalanan yang panjang.

Mengingati perkara-perkara lama buat dada rasa 'kurang selesa'.


Apabila perkara yang paling ditakuti dah terjadi?

Ketakutan itu akan sentiasa mengejar. Sukar mau lari lagi.

Hanya jika masih wujud kepercayaan untuk bangun, dan berlari.. Tentu boleh pergi.

Namun, jika tidak. Hancur luluh dah tak boleh selamatkan lagi. Terima dengan terbuka hati.

Percayalah, tiada sia-sia atas segala sesuatu yang telah terjadi.






Jun 28, 2010

Bermula semester baru

Cuti 3 minggu sudah berakhir.
Semester baru kunjung tiba.
Untuk semester 6 ini, saya akan berpraktikum selama 2 bulan di SK Putrajaya Presint 9(2).
Berdebar-debar pula rasanya, tambahan pula semua guru pelatih yang berpraktikum di kawasan Putrajaya perlu melaporkan diri dan menerima taklimat khas di PPD Putrajaya.

Ini praktikum kedua saya sebelum menghabiskan pengajian tahun hadapan.
Tahun lepas berpraktikum di SK Kajang Utama.Seronok.
Ingin menyambung 'keseronokan' itu di sekolah baru pula.

Selamat berpraktikum jua buat rakan-rakan seperjuangan!;)






Jun 24, 2010

Ini SCAM atau...?

Saya mendapat sms ini.

Salam.. Saya ada peluang nak kongsi bersama.. projek ini sudah 2 kali pernah operasi.. bukan money game.. just sleeping partner..bermula modal rm3500 dapat keuntungan rm700 x 12 bulan-bulan total rm8400.. Jika kita bawa kawan join ada komisyen rm100 x 12/bulan total rm1200. Payment memang clear..segala urusan direct dengan saya..berminat boleh kita deal..TQ.


Ada yang turut dapat sms sebegini?
Saya taip semula dengan ayat yang serupa.

Terlalu bagus untuk menjadi realiti.

Tiada yang mudah.

Sudahlah, sekarang ni zaman perniagaan produk.
Anda ada produk yang bagus, jalankanlah.
Tinggalkan bisnes yang 'bermain' plan sahaja.

Mahukan keuntungan sekali sahaja, bersifat head hunter ataupun menjual produk yang bagus seterusnya pengguna akan berterima kasih kepada anda.
Mahukan keuntungan berkali-kali dengan repeat sales yang tinggi ataupun mahukan keuntungan 'besar' sekali dan berterusan mencari dan mencari perniagaan baru.
Menjana jualan daripada pelanggan sedia ada lebih mudah daripada sentiasa perlu mencari pelanggan baru.

Anda tentukan sendiri.

Erm, masih ingat lagi Dencomm?
Terus-terangnya, saya tidak join Dencomm.
Tapi, saya turut mengalami kerugian yang besar dengan ACM.

Mungkin kerana pernah mengalami nasib yang 'hampir sama', saya memahami apa yang mereka sedang alami kini.

Walau tidak menyertai, saya tahu dan rapat dengan ahli-ahli Dencomm ini. Suka berkawan dengan semua orang. Perkembangan terbaru yang saya terima, sebelum diserbu tempoh hari, Dencomm ada membuat perjanjian dengan TM. Namun, disebabkan ada terma-terma didalam perjanjian tersebut tidak dipatuhi maka projek tersebut ditarik balik. Dan, ahli Dencomm pasti ingat, payment pada bulan tersebut lewat beberapa hari. Ahli yang baru sahaja join membuat aduan. Aduan dibuat, maka serbuan dilakukan. Semua gigit jari seterusnya sampai sekarang.

Sampai sekarang saya percaya, ahli-ahli Dencomm pasti terkejut.
Bersabarlah, bangun dan bina kehidupan. Sinar sentiasa ada jika kita semua mencari.

InsyaALLAH, ALLAH maha pengatur rezeki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...