Bismillah,
hampir seminggu tanpa entry baru.
.
.
Berita terkini.
Aku sedang praktikum di SK Kajang Utama.
Seronok. Serius.
.
.
Memenatkan dan meletihkan, namun aku mampu tersenyum melihat telatah anak-anak muridku. Buat aku teringat zaman muda-mudi dulu.
.
.
Semoga aku boleh menjadi guru yang baik.
Ameen.
Mar 26, 2010
Mar 21, 2010
Ibu atau Pasangan?
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Umi!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
Bila dh ada pasangan sendiri....
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan :-
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu
bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku
boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh
ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah,
al-fatihah, al-fatihah.
Ya allah panjangkan lah usia ahli keluarga ku...agar aku sempat untuk membalas jasa mereka walaupun aku tak terdaya membalas kesemuanya...
*ibuku masih ada...masih ada tempat lagi ku untuk bermanja..untuk semua disana, hargailah ibu-ibu anda!

Labels:
.: Copy Paste:.
Mar 19, 2010
Selamat Ulangtahun ke-22 Syuk!
Mood:tenang,sejuk kerana hujan sedang turun
Emosi:gugup,berdebar-berdebar
.
.
3 hari lalu adalah Ulangtahun kelahiranku yang ke-22.
Alhamdulillah, Tuhan masih memberiku peluang untuk hidup di dunia ini. Tiada jaminan yang pasti untuk aku masih boleh menyambut ulangtahun ke-23 dan seterusnya.. bahkan jaminan untuk esok pun belum tentu ada. Maha suci ALLAH padanya tersimpan segala pintu hikmah.
Bertenang, Berfikir, dan Bertafakur seketika.
.
.
.
Terima kasih ayah, ibu, dan keluarga. Masih segar ucapan ibu saat aku 21 tahun. Usia ini adalah penentuan untuk mencorakkan diri. Memacu ke arah kebaikan atau sebaliknya. Nah! sekarang aku sudah 22. Ke arah yang tepatkah pacuanku?
.
.
Terima kasih diucapkan buat semua sahabat-sahabat yang sudi wish kepadaku. Tak kira lah samada menerusi sms, telefon, facebook atau pelbagai cara sekalipun. Aku amat-amat hargainya. Terima kasih semua! Aku doakan semoga kalian mendapat kebahagian dan ganjaran pahala daripada Maha Pemberi Pahala.
.
.
.
Usia meningkat. Aku mengimbau dan mula muhasabah diri. Apakah sumbangan diri ini selama aku hidup? Ah! malu rasanya. Fizikal, mental sihat namun sudah optimumkah penggunaannya untuk Agama dan Bangsa? Usaha agama semester ini rasa lemah sangat. Erm, adakah ini asbab kepada semua persoalan dan ujian yang aku rasa sekarang?
.
.
Melihat Syuk 2 3 tahun yang lalu, membuat aku senyum sendirian.haha... Tak disangka sampai begini perjalanan hidup aku. Aku akui, walaupun aku adalah bakal pendidik kecenderunganku sememangnya pada bidang networking dan bisnes. Salah ke? Bagi aku, ianya adalah umpama sekolah kehidupan dan aku belajar terlampau banyak perkara dengannya..terlampau banyak. Mungkin inikah hobi? dan aku dapat rasakan kepuasan dari sana, jatuh... bangun.. tergolek... bangkit semula.. Ah, itu biasa...Tidak salah rasanya, aku dapat belajar menjadi lebih matang daripada sekolah kehidupan ini.
Aku mengenal apa itu pengurusan kewangan melalui Pakdi. Belajar menerusi CashFlow board game, mengenal diri dan belajar cara ingin keluar dari RatRace! Rupanya teori jauh sama sekali dengan praktikal..Apabila kau sudah 'tumbang', barulah kau percaya dan mengerti untuk aplikasi segala yang dipelajari.
Tatkala kau dipuncak roda, tak rasa akan jatuh kan?Hakikatnya, roda sentiasa berputar dan sampai masanya kau akan dibawah semula. Berada diatas untuk melihat bawah, berada dibawah untuk memacu keatas. Saat inilah aku kenal Pokli. Bertandang dan ziarah kerumahnya. Berkongsi cerita. Mendengar pengalaman. Mengutip kisah kehidupan. Kagum. Aku malu sebenarnya. Aku hanya seorang anak muda yang jahil dan baru mengenal dunia. Dari dialah aku belajar apa itu OD.. Apa itu emas.. Bagaimanakah cara menyimpan yang terbaik. Belajar dari kesilapan kan? Tak rugi. Apabila kau berada di puncak roda semula kau akan ingat, insyaALLAH akan ingat. Kesakitan itu perlu supaya kau menghargai kemanisan.
.
.
.
ALLAH sentiasa mengkabulkan doa hambanya yang meminta. Doa paling makbul adalah doa ibu bapa. Pasti makbul. InsyaALLAH.
.
.
.
Di saat ini, disamping memikul tanggungjawab sebagai pelajar untuk belajar. Tanpa disangka aku turut belajar untuk mengurus. Kekadang rasa tertekan juga, tapi jumpa kepuasan disana. Siapa sangka, aku sedang memasarkan DrDetox buat masa ini? Rezeki ALLAH yang pegang kan? Jika dulu, aku bekerja untuk orang lain..kerja untuk company orang.. Tapi kali ini, aku yang perlu mencorakkan sendiri. Semoga ALLAH membuka pintu rahmah seluas-luasnya..semoga dipermudahkan segala urusan dan keperluan hingga akhirnya. Aku ingin menebus maruah lalu yang sedikit tercalar! Aku malu pada diriku sendiri.
Harapan di umur yang menginjak ke-22 ini, aku berdoa ingin menjadi lebih kuat lahir dan dalam.
Semoga dijauhkan daripada sifat-sifat nifak, menjadi mukmin yang berguna, dijauhkan daripada penyakit-penyakit hati dan rajin memberi. Hidup ini untuk memberi kan?
Salam hormat buat semua, jika ada salah silap aku selama aku hidup 22 tahun ni aku mintak ampun, mintak maaf banyak2. Aku memang lemah, jahil dan penuh dengan kesilapan!
***********
*Terima kasih buat sahabat yang dah lama tidak menghubungi yang sudi mengucapkan salam hari lahir dan terima kasih yang tidak terhingga buat sms 'rumput'. Seriously, aku tergamam seketika saat membacanya. Lagu background pun amat best! Sememangnya hadiah ulangtahun yang tak dapat aku lupakan.
**Entry kali ni memang bersifat peribadi, Syuk menulis dari hati..haha..;p
***entry paling lama untuk ku taip...huhuu..
***Btw, hepy besday Syuk..dah besar kau rupanya..:)

.: Cetusan Student :.,
.: Jiwa Kacau :.
Subscribe to:
Posts (Atom)