Feb 18, 2010
Perlu ke membaca Al-Quran walau tak faham maksudnya?
Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru
perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
“Tak ada gunaya” bentak si cucu. :sad:
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.
Feb 17, 2010
Guru baru diwajibkan ke pedalaman
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.
“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.
“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.
*sumberFeb 13, 2010
Selamat bercuti!
.
.
.
.
Sewaktu entry ini ditulis, aku masih berada di Bangi, mungkin menjelang petang aku akan berangkat pulang ke Johor. Perjalanan seorang lone ranger dengan Motosikal YamahaLC ni mengikut pengalaman-pengalaman yang lepas mengambil masa 4 jam.
Bangi-JB(Ceramic Energy Cafe)-Kota Tinggi
Itulah gambaran perjalanan petang nanti.
.
.
.
Whoa!! Seronoknyer...Apa rancangan cuti ni?
Cuti ni, aku nak mulakan dan berusaha untuk siapkan tugasan KKBI Taranum dan hendak mula menaip Tugasan PIM. Erm, berjayakah? InsyaALLAH.
Projek lain? Aku kembali semula dengan projek produk fizikal tapi untuk kali ni target pasaran
offline sahaja. Bermula dari bawah, mencari semangat bisnes produk fizikal macam sewaktu aku running OneDropPerfumes dulu. Projek dah berjalan, cuma web memang aku belum siapkan pun, berjalan dengan offline sahaja. Berminat nak tau? YM je lah aku kalau teringin sangat nak tahu.
.
.
.
Masih sedang mencari kekuatan dalam diri, masih mencari semula idea-idea bombastik dan pemikiran diluar kotak (whoa!) yang entah la hilang ke mana. Otak aku dah tua kot?hehe..
.
.
Salam mesra dan salam hormat buat semua. Manfaatkanlah cuti ni sebaiknya, semoga apa-apa yang dibuat mendapat rahmat dan petunjuk daripadaNYA. Ameen.
*Musim cuti ni musim tunang dan musim kahwin, so selamat berbahagia buat sahabat-sahabat aku yang dah mendirikan rumahtangga. Selamat melangkah ke 'alam' baru. Semoga berbahagia ke anak cucu! =)