Dec 3, 2009

Isu doa kezaliman?

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]

ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq


9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

*kredit untuk blog ini




Nov 29, 2009

Status 'Networking'

Yang ni saya kongsi maklumat daripada Zamri Nanyan - [sila lihat maklumat berkenaan beliau di akhir pos]

Memang perbincangan skim piramid dan
M L M bagai tidak dapat dipisahkan...
perdebatan ini tidak akan berakhir
walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.


Sekadar Perkongsian Lagi Kepada teman2 Halaqah: MLM tu sistem piramid?


Saya juga tak merasakan yang topik
ini akan kurang diperkatakan di
masa akan datang. Kalau tak percaya,
simpan e-mel ini dan baca sekali
lagi 2 atau 3 tahun akan datang,
dan lihatlah di pelbagai forum yang
membincangkan perniagaan sebegini.

Jadi, betulkan M L M itu ialah
sebuah skim piramid?


=================================


Sebelum saya jawab soalan ini, biar
saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang
presiden atau perdana menteri, diikuti
oleh beberapa menteri... dan wakil-
wakil rakyat lain, ketua daerah dan
sebagainya.

Cuba perhatikan...

Adakah jumlah perdana menteri lebih
ramai dari menteri? Bagaimana pula
jumlah menteri berbanding wakil
rakyat... dan jumlah... anda tahu
selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang
CEO atau presiden, diikuti dengan
naib presiden, direktor, pengurus
dan lain-lainnya.

Berapa ramaikah bilangan direktor jika
dibandingkan dengan jumlah pengurus?

Sudah tentulah jumlah direktor lebih
rendah dari jumlah bilangan pengurus.

Bagaimana pula gaji presiden
berbanding gaji seorang pengurus?
Bolehkah seorang pengurus mempunyai
gaji setinggi gaji pesiden? Tentu
kucar-kacir pengurusan syarikat ini
jika gaji presiden (orang paling
tinggi dalam piramid) lebih rendah
dari gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi M L M mempunyai
pemimpin yang mempunyai lebih ramai
orang di bawah beliau dengan pelbagai
pangkat yang lebih rendah. Beliau
mendapat lebih banyak pendapatan
daripada orang lain.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil
orang di bawah beliau menjadi lebih
bagus dan menyamai atau mendapat
lebih banyak pendapatan daripada
beliau pada suatu hari nanti. Semuanya
bergantung kepada usaha mereka
membina sebuah piramid yang besar.

Jadi, apakah kesimpulan yang hendak
saya buat di sini?

Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang
sesebuah organisasi piramid itu adalah
menyalahi di sisi undang-undang. Yang
salahnya ialah skim cepat kaya yang
menggunakan piramid untuk menindas
orang bawahan.

Sebenarnya, organisasi yang berbentuk
piramid adalah sebuah organisasi yang
kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin
akan tumbang. Ekonomi negara akan ke
belakang, dan orang akan terus gagal
di dalam bisnes.

Masalah piramid dan M L M sepatutnya
difahami dengan betul... dan bukannya
mengambil kesimpulan yang M L M adalah
sebuah piramid dan menyalahi
undang-undang.

Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?

Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi
tidak semestinya skim piramid atau skim
cepat kaya yang menyalahi undang-undang.
Kerajaan kita juga berbentuk piramid,
syarikat swasta dan kerajaan juga
berbentuk piramid. Mungkin keluarga
anda juga berbentuk piramid.

ikhlas,

Zamri Nanyan

pendapat anda pula bagaimana?

Nov 18, 2009

corat corit


Bismillah,

Assalamualaikum semua..ermm..lama betul tak menulis..mood takde, nafsu menulis hilang, hati tak gembira, jiwa tak riang. Maaf kepada semua follower, lama benar blog ni tidak dikemaskini.

Aku ada hobi baru, suka membaca blog orang lain. Sebelum ni hidup online aku hanya baca paper(arus perdana dan berkaitan dgnnye), baca forum komen, baca dan cari artikel yg cambest. simple kan? baca blog orang lain buat aku melihat perjalanan kehidupan manusia, belajar menoleh kebelakang dan belajar untuk terus memandang kehadapan. rupenye manusia ni dilahirkan dengan bermacam-macam ragam. 'Menerjah' blog orang lain boleh buat aku senyum, ketawa, kekdg menangis. pheww~poyo kan?haha..

Ada 1 blog yg buat aku amat teruja untuk mengetahui dan 'menggeledah' segala isi perut dan semua yg ada didalamnya. Perlu aku rasa utk dikongsikan bersama. Pada yg berminat nak tau, klik sini Tiada langsung unsur keuntungan kat situ, cuma keuntungan diakhirat insyaALLAH pasti akan dapat jika setiap yg dibaca tu diamati, dihayati, dan dilaksanakan.

Mengenai life aku lak, aku kini sedang sibuk dgn 'exam' akhir semester. Ada 2 lg 'paper' untuk diduduki. Rabu dan khamis. Mudahan semuanya dipermudahkan. Persediaan aku, mcm biasa lah, baca ikut gerak hati mana yg keluar. Mmg dari sekolah dulu tu lah cara studeny aku. Kalau ada rezeki, senyum panjanglah kalau tidak? Faham-faham jelah..Namun, setakat ni cara ni taklah menghampakan aku..:)

Dalam 2 3 menjak ni juga aku belajar banyak perkara tentang persahabatan. Aku mula mengenal siapa dia kawan-kawan yg berada disekeliling aku. Siapa yg masih bersama-sama waktu susah, ataupun hnye bersama menumpang tuah. Yg paling aku ngerikan adalah 'tujahan-tujahan' dan 'tikaman-tikaman' keras yg aku sendiri xsngka akan hadir drpd org yg tak kusangka. harapkan pagar, pagar makan padi. Sesuaikan perumpamaan ini? Tp, walau apa pun aku tetap bersyukur atas semua yg berlaku kerana aku tahu apa-apa yg ditakdirkan berlaku pasti itulah yg terbaik buat aku!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...