Feb 5, 2009

Bilakah tangisan akan berakhir?

Bismillah,

Palestin menangis lagi. Hari demi hari, kekejaman masih terus berlaku.. belum nampak lagi tanda-tanda akan berakhirnya kekejaman ini. Permulaan tahun baru 1430 Hijrah, umat Islam di Palestin menyambut tahun baru dengan bedilan-bedilan dan serangan-serangan Yahudi Laknatullah.. kasihan mereka... mereka semua adalah saudara-saudara kita... ya.. saudara-saudara kita..semua umat Islam itu bersaudara..


Apakah sebenarnya peranan kita sebagai saudara seagama? Aku sendiri terkedu seketika pabila mendapat soalan ini... Satu soalan yang agak sukar dan 'complicated' tuk dijawab..

Daripada Abu Sa'eed Al-Khudri R.A beliau meriwayatkan; aku mendengar Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan, hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya, dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya. Dan demikianlah selemah-lemah iman. [Hadith riwayat Muslim]

Sahabat-sahabtku sekalian,
Apakah sebenarnya peranan kita semua? Setelah lama melihat pada perkembangan semasa, membaca, mengkaji serta merujuk kepada ustaz2 dan orang alim maka sukalah disini untuk dikongsikan buah fikiranku bersama kalian..

1.MENGECAM.
Tindakan yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengecam, membantah, menyuarakan kebencian terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap bumi Palestin. Ini boleh menjadi bukti kepedulian kita terhadap isu Palestin

2.MENCEGAH.
Tindakan ini boleh diertikan dengan menyekat diri daripada secara langsung atau tidak langsung terhadap penyumbangan dana ketenteraan Yahudi. Boleh juga ditafsirkan sebagai boikot, namun aku tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini kerana shbt2 rmai yg telah maklum mengenainya...Lebih berminat untuk membincangakn tentang tindakan yang ketiga..iaitu;

3.MENGUBAH.
Ini merupakan tindakan pada fikiranku mampu mengubah menangani masalah kekejaman di bumi palestin seterusnya memberi kemenangan kepada umat Islam di seluruh dunia. Al-Quran menjelaskan orang Mukmin itu menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain... hadis nabi pun ada memberitahu yang mafhumnya; Umat Islam itu bersadura... namun...ingin ku tanyakan secara tulus dalam diriku dan sahabat-sahabat sekalian...adakah dirasakan dalam diri kita saling bersaudra antara satu sama lain? masih wujudkan rasa itu? Apa tugas bersaudara? Adakah kita saling ziarah menziarahi antara satu sama lain...? bagi Mukmin yang jauh pula, adakah kita ada mendoakan mereka..?

Umat Islam pada hari ini 'kebanyakannya' mementingkan diri sendiri. Kita ramai tetapi seperti buih-buih di lautan yang pecah berderai apabila berlabuh di pantai..alangkah malang dan sedihnya..

Negara Palestin dikelilingi oleh negara Islam yang ramai namun tiada negara yang mampu bangkit untuk membela.. sedih untuk dikatakan..itulah kualiti umat Islam yang ada pada hari ini...itulah kita semua...

Jadi, marilah kita berubah kepada Islam yang sebenar..mengamalkan agama yang sebenar.. menjadi Mukmin yang realiti bukan hanya Mukmin Ilusi (meminjam kata-kata SaifulIslam).. IbuBapa mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah..Jangan jadikan mereka Yahudi, Nasrani, atau Majusi... Kita yang mukallaf, amalkan sunnah-sunnah nabi... kerana apabila sunnah tidak diamalkan maka bid'ah akan muncul... tingkatkan iman kita dengan amal ma'ruf dan nahi munkar.

Kejayaan umat Islam bermula dari diri kita sendiri. Semua orang berperanan dan perlu bertanggungjawab.. Semua orang perlu amalkan agama dengan sempurna. Apabila semua orang mengamalkan agama dengan sempurna, maka rahmat ALLAH akan mencurah-curah pada kita semua..Apabila rahmat turun, maka nusrah dan pertolngan ALLAH akan memberi kemenangan pada kita.

Masihkah sahabat-sahabat sume ingat pada peperangan Badar? Ya.. 313 orang kaum Muslimin menentang 1000 orang Musyrikin.. pada peperangan itu ALLAH telah memberi kemenangan pada kaum Muslimin. Tidakkah kita terfikir mengapa terjadi demikian? Sahabat-sahabatku yang dimuliakan... dijadikan peperangan itu bukan sekadar cuma-cuma menjadi sejarah sahaja...itu juga merupakan pengajaran buat kita iaitu dengan iman dan ketakwaan yang 'solid' pada ALLAH semestinya akan diberi kejayaan dan kemenangan insyaALLAH. Kaum muslimin ketika itu mpunyai kekuatan hati dlam meyakini pertolongan ALLAH kerana janji Rasulullah kemenangan akan sentiasa berpihak pada Islam.

Hari ini, marilah kita sama-sama perbetulkan amalan-amalan kita..perbaiki sunnah2 kita.. sunnah sirah, surah dan sarirah kita.. maaf untuk dikatakan, marilah kita sama-sama renungkan.. "kita mampu untuk sama-sama berhimpun menyuarakan ketidakpuas hatian kita atas kezaliman di Palestin, tpi brape orangkah yang mampu untuk sama-sama untuk menjaga solat berjemaah dengan cara yang diajar oleh Nabi?" Aku sendiri mengakui, lemah sangat keimanan dihati ni.. di tempat aku belajar sendiri ketika 'Malam untukmu Palestin' diadakan, 1rapat umum telah dilaksanakan pada malam itu yang dihadiri oleh semua palajar...penuh jalanan dengan pelajar berarak meluahkan protes..namun sedih sekali subuh esoknya saf-saf subuh masih kosong..adakah kita semua terlalu penat berarak sehingga kepenatan subuh berjemaah? Untuk menjaga perkara yang 'basic' masih bermasalah, sekiranya sampai seruan perang atau jihad mampukah mengangkat senjata melwan al-kuffar? keberanian datang dengan iman dan keyakinan yang teguh pada ALLAH..mimpikan syahid...percaya pada janji2 ALLAH...mimpikan syurga2..dan mengimpikan bidadari2 yang tidak jemu untuk dipandang..subhanallah!

sekadar perkongsian pendapat daripadaku, maaf sekiranya mengguris jiwa..namun selagi mana tidak ditulis, selagi itu kurasakan umpama berdosa pada umat ini... Marilah kita sama-sama jaga amalan kita... buat Muslimin jaga solat berjemaah, buat Muslimat belajarlah untuk menutup aurat dengan sempurna.. Terakhir daripadaku, rapat umum adalah cara untuk menimbulkan fikir kepentingan untuk membebaskan Palestin dari ancaman zionis, namun pembebasnnya adlah dengan ketakwaan daripada kita semua. jazakallah..






Jan 22, 2009

Tak mau boikot?!

Mesej forward yang aku dapat sebentar tadi buat aku ingin berkongsi tentangnya. Walaupun hanya copy paste, mari sama2 kita fikirkan..


"Xmau boikot?! boikot Xbg effect? ape yg kite nk jwb kat akhirat nnt? apa usaha kite thdp naseb saudara seakidah kita di palestin! igtlh kisah nabi ibrahim. ketika nabi ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dr punca air dgn membawa air yg hny dpt dibawa dgn paruhny shj dan mencurahknny pd api yg besar itu. tetibe burung itu ditanya, "apsal kau susah2 nk bwk air yg sket tu utk padamkn api yg membakar nabi ibrahim tu? takkn padam punye lah api tu!" ttpi burung itu mnjwb "ak X mahu di akhirat nnt apb ditny apekah yg aku lakukn apb nabi ibrahim dibakar sedangkan ak tak berbuat apa2" jk burung yg X diazab pon berusaha sampai begitu skali, inikn pula kite apbl saudara seakidah kite diBOM di palestin! igtlah bkn hasil yg ALLAH mahu, tp usaha kite! boikot sesungguh mungkin ya akhi wa ukhti.."

Jan 20, 2009

Palestin...diseruu...!

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini israel semakin mengganas dan membunuh lebih beribu orang Palestin.


Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :


"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian" (Surah al Maidah : Ayat 21)



Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :


"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya." (Surah al Isra' : Ayat 1)



Firman-Nya lagi yang bererti :

"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al Anbia' : Ayat 80)



Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. RasuluLLah telah bersabda yang bererti :

"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. " (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)


Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam di isra'kan.

ALlahu..ALlah...

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.

Sumber Rujukan :

1. Prof Madya Dr Mohsen M. Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur

2. AbduLlah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin Al Ayyubi, Cet Pertama 1999, Darul Nu'man, Kuala Lumpur

3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin, Cet Pertama 2003, al Qassam Library, Pahang

credit buat, http://jarumemas.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...